25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Bakar Suami Sampai Mati, Marah Sebab Baki Gaji Hanya Tinggal RM230

    Shopee Sale



    Hanya kerana ‘gaji’, seorang isteri tergmak membakar suaminya sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia, dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.

    Isteri bakar suami

    Memetik laporan CNN Indonesia, suspek yang berusia 28 tahun itu berang selepas memeriksa gaji suaminya pada bulan itu hanya berbaki 800,000 rupiah (RM230) sahaja sedangkan jumlah baki sepatutnya adalah 2.8 juta rupiah (RM806).

    Suspek kemudian membeli petrol dan mengirimkan gambar tersebut kepada suaminya yang juga merupakan seorang anggota polis. Dia sempat mengugut akan membakar anak-anaknya sekiranya si suami tidak pulang ke rumah.

    Setibanya si suami di rumah, berlakunya pertengkaran antara mereka sehingga membuatkan suspek bertindak menggari tangan suaminya pada tangga lipat di garaj rumah mereka di kuarters polis di Desa Miji, Daerah Kranggan, Kota Mojokerto, Indonesia.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sofyank Antara Bakat Anak Malaysia Yang Mampu Pergi Lebih Jauh’ – Zul Ariffin

    Suspek yang hilang kawalan kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum membakarnya. Suspek kini ditahan dan kes masih dalam siasatan polis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah