Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, berkongsi berita gembira menyambut kehadiran cahaya mata keempatnya yang selamat dilahirkan pada Ahad.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Subuh Raya Kedua Isteri Saya Akan Bersalin’ – Alif Satar Bakal Timang Cahaya Mata Keempat
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar
Tahniah Alif!

Menerusi hantaran di Instagram, Alif atau lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut.
Masya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.
Alhamdulillah, Shad selamat melahirkan anak kami yang keempat waktu subuh tadi. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian.
Dalam perkongsian itu memaparkan momen anak sulung Alif mendukung bayi berkenaan sambil ditemani dua orang adiknya.
Sebelum ini, Alif memberitahu dia dan isteri dijangka bakal menyambut cahaya keempat mereka pada hari ke-2 Syawal.
Untuk rekod, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Arianna Mecca dan Muhammad Ali.
Sumber: Instagram Alif Satar
The post Isteri Alif Satar Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Keempat Pada 2 Syawal first appeared on OHBULAN!.





