Pelakon, Adam Corrie tampil menitipkan nasihat kepada seorang individu yang berkongsi bahawa hatinya masih belum benar-benar terbuka untuk mendalami agama meskipun sudah tiga tahun memeluk Islam.
Artikel Berkaitan: Adam Corrie Singkap Kisah Cacah Tatu – ‘Apa Yang Saya Anggap Cantik, Rupanya Bukan Jalan Yang Allah Reda’
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Nampak Dunia Lakonan Itu Glamor, Tapi Yang Ada Di Set Penggambaran Tahu Realiti’ – Adam Corrie
Ambil masa

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, seorang pengguna Threads mengakui hatinya masih belum benar-benar terbuka untuk mendalami agama Islam biarpun telah bergelar mualaf.
Selain itu, individu terbabit turut meminta pandangan daripada mereka yang pernah melalui perasaan yang sama.
Sudah hampir tiga tahun saya memeluk agama Islam, tapi hati masih belum terbuka untuk mendalami agama.
Ada tak sesiapa yang pernah rasa macam saya? Apa pendapat semua?
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Adam, atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, yang juga seorang mualaf.
Menurutnya, tidak semua orang terus merasakan perubahan selepas memeluk Islam.
Kata Adam, ia memerlukan masa, kerana agama Islam bukan tentang menunggu untuk dekat dengan Allah, sebaliknya mendekati dahulu, dan kemudian akan hadir perasaan itu.
Alhamdulillah, saya memang mencari Islam.
Untuk pengetahuan puan, tidak semua orang terus ada rasa keindahan agama Islam sebaik sahaja memeluknya.
Ada yang mengambil masa.
Islam bukan tentang menunggu rasa dahulu baru dekat, tetapi dekat dahulu, kemudian Allah akan berikan rasa itu.
Perlukan bimbingan

Dalam pada itu, Adam menegaskan bahawa hati masih belum terbuka hari ini tidak bermakna akan selamanya tertutup.
Tak terbuka hati hari ini, tak bermakna ia akan tertutup selamanya.
Yang penting, jangan pernah tinggalkan usaha.
Langkah kecil pun dikira, kerana Allah melihat pada usaha, bukan pada kelajuan.
Sehubungan itu, Adam menekankan bahawa pentingnya peranan pasangan, khususnya suami, untuk berjalan bersama dalam proses ini dengan membimbing menggunakan kasih sayang, bukan paksaan.
Minta suami jalan bersama, bimbing dengan kasih sayang dan bukan paksaan.
Sebab itu niat sangat penting.
Mulai hari ini, pasang niat untuk kenal Islam dengan lebih dekat.
Sumber: Threads
The post ‘Islam Bukan Tentang Rasa Dulu Baru Dekat, Tapi Dekat Dulu..Baru Allah Bagi Rasa’ – Adam Corrie first appeared on OHBULAN!.





