28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ira Kazar Tak Serik Untuk Kahwin Lagi, Lelaki Bijak Jadi Pilihan Hati – ‘Latar Belakang Kena Check’

    Shopee Sale

    Bekas isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar akui tidak serik untuk kembali berumah tangga selepas kegagalan yang pertama.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Macam Adik-Beradik’ – Zizan Razak Jawab Usikan Netizen Cuba Jodohkan Dengan Ira Kazar

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Mudah Untuk Move On, Saya Paksa Diri Keluar Dari Kepompong Negatif’ – Ira Kazar

    Lebih berhati-hati

    Ketika ditemui , Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin memaklumkan dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

    Tambah Ira, latar belakang pasangan adalah perkara utama yang akan diperiksa sebelum meneruskan hubungan ke peringkat yang lebih serius.

    Saya tidak serik untuk berkahwin lagi sebab setiap manusia berbeza. Tak boleh la kita anggap semua lelaki sama.

    Cuma sekarang saya akan lebih berhati-hati.

    Saya akan periksa latar belakang terlebih dahulu.

    Dulu, mungkin saya tidak terlalu pandang perkara itu. Saya anggap kekurangan itu boleh diterima tapi sekarang tidak lagi.

    Perlu dipertimbangkan sebaiknya.

    Ira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran All Star Influencers Award yang bertempat di Studio 38, Kota Damansara pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Syafiqah Melvin Kongsi Wajah & Nama Anak Ketiga – ‘Ameena Sofeea, Yang Bersih & Jujur’

    Mengulas lanjut mengenai jodoh, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi tersebut mengidamkan pasangan hidup yang bijak mengawal apa jua situasi.

    Tambahnya, dia berharap bakal suami seorang lelaki biasa yang mempunyai kerjaya stabil selain mahu mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki dalam industri seni.

    Lelaki itu mestilah yang bijak, tahu kawal situasi terutama bila ada konflik.

    Bagi saya, itu sangat penting.

    Dari segi rupa pula, cukuplah sekadar sedap mata memandang. Kalau boleh bukan orang industri.

    Nak orang biasa saja tapi masih ada status.

    Terdahulu, Ira menjadi antara topik hangat selepas mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

    Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

    Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama.

    The post Ira Kazar Tak Serik Untuk Kahwin Lagi, Lelaki Bijak Jadi Pilihan Hati – ‘Latar Belakang Kena Check’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah