Usahawan Iqbal Zulkefli meluahkan rasa simpati terhadap kenalannya iaitu Inspektor Sheila, rentetan kes mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Sesiapa Yang Nak Kahwin Dengan Saya?’ – Inspektor Sheila Nak Cari Calon Suami
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Pernah Minum Arak & Merokok Seumur Hidup
Rasa gelisah

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli, menyifatkan Sheila sebagai seorang wanita yang baik sepanjang perkenalan mereka sebagai sahabat.
Tak berani mengulas tentang isu ini namun setiap hari saya gelisah memikirkan Sheila.
Saya termenung, mengapa sepanjang dia berteman dengan saya, tak pernah sekali pun dia bersikap kasar atau tidak baik pada saya.
Sepanjang bertahun menjadi teman, Sheila sangat hormati dan beradab dengan saya.
Teman yang baik

Sementara itu, Iqbal berkata, dia turut sempat bertanya kepada Sheila tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Saya ada bertanya padanya tentang isu sekarang, apa yang dia katakan adalah, ‘saya hanya perlu takut pada tuhan dan bukan manusia’.
Katanya dia sudah lali dengan persepi orang.
Dalam masa yang sama, Iqbal juga menyatakan bahawa dia akan sentiasa mendoakan Sheila walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Apa-apa pun saya di sini sebagai teman mendoakan ada berita baik buat dia. Dalam apa keadaan dan walau apa pun yang terjadi, dia tetap teman baik saya.
Biar beratus ribu orang berbicara tidak baik, dia tetap saya hargai.
Terdahulu, pemilik nama Sharon Steven Kumar, 37, itu didakwa atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran pada minggu lalu.
Bagaimanapun Sheila mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wanita itu digantung tugas sejak 23 Jun 2023 kerana beberapa kes antaranya adalah menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.
Sumber: IG Iqbal Zulkefli
The post Iqbal Zulkefli Gelisah Fikirkan ‘Inspektor Sheila’ – ‘Sepanjang Berteman, Dia Tak Pernah Bersikap Kasar’ first appeared on OHBULAN!.





