26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inteam Kembali Dengan Konsert Skala Besar, Penjualan Tiket Dibuka Esok! 

    Shopee Sale

    Kumpulan nasyid terkenal, Inteam memaklumkan bakal kembali dengan konsert berskala besar selepas mencetus fenomena menerusi penganjuran konsert Kasih Kekasih 25 Tahun Inteam di Idea Live Arena, Damansara Intan, Petaling Jaya pada 28 September lalu.

    Artikel Berkaitan: ‘Arwah Suhaimi Saad Pegang Teguh Pada Pendirian, Kami Tak Pandang Apa Yang Orang Kecam’ – Inteam

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Misteri Bau Wangi Di Konsert Inteam Terjawab, Rupanya Kru Sembur Pewangi

    Inteam adalah ikon

    Ketika ditemui , pengasas Icon Entertainment Sdn Bhd, Iman Tang yang menjalinkan kerjasama bersama Inteam berkata dia menganggap Inteam sebagai kumpulan ikon irama ketuhanan.

    Sebagai pengasas Icon Entertainment, saya memilih artis yang ingin bekerjasama dengan menganjurkan konsert. Saya memilih menganjurkan konsert Inteam kerana menganggap mereka sebagai ikon.

    Justeru, untuk konsert kali ini, pasti ada elemen tambahan dan tidak hanya persembahan biasa sahaja. Alhamdulillah ketika berjumpa (berbincang mengenai konsert) memang sangat positif.

    “Kali ini lamaran dan persetujuan antara kami berjalan lancar dan mudah. Saya punya tujuan menganjurkan konsert ini untuk letakkan nasyid di ‘peta dunia’.

    Iman berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih di Shook!, JW Marriot Hotel pada petang Rabu.

    MENARIK:  Mira Filzah & Suami Tak Tolak Rezeki Untuk Miliki Anak Kedua – ‘Kami Go With The Flow’

    Dalam pada itu, salah seorang anggota Inteam, Muhammad Hazamin Harun berkata mereka melakukan yang terbaik untuk konsert yang akan datang.

    Saya mengharapkan dengan kerjasama Icon Entertainment ini akan memberi kepuasan lebih berganda terutama dari segi teknikal, malah kami juga akan berikan sepenuhnya dalam peresembahan.

    Kami ada lebih 130 lagu, jadi banyak lagi lagu yang akan dipersembahkan nanti. Sudah pasti, lagu-lagu malar segar kami turut akan dipersembahkan.

    Kami anggap Icon Entertainment sebagai pakar dalam penganjuran konsert berskala besar terutama di Axiata Arena.

    Ini juga adalah penganjuran konsert solo nasyid pertama di lokasi itu.

    Selain Hazamin, Inteam turut dibarisi Mohd Syahril Abdul Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.

    Dengan kerjasama Icon Entertainment, Inteam dijadualkan akan melakukan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Februari 2026 yang dijangka menghimpunkan kira-kira 9,500 peminat dari seluruh negara.

    Difahamkan, sesi penjualan tiket bagi konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih akan dibuka pada esok (Jumaat) bermula dengan harga antara RM168 hingga RM488 menerusi pautan http://www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih.

    The post Inteam Kembali Dengan Konsert Skala Besar, Penjualan Tiket Dibuka Esok!  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah