25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Perjelas Upah ‘Nurses’ Jaga Anak-Anak 24 Jam – ‘Netizen Ingat Sakit’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Datin Intan Najuwa menjelaskan mengenai penggunaan khidmat jururawat khas yang sentiasa menemaninya bagi menjaga anak-anak.

    Artikel Berkaitan: Terima Banyak Komen Negatif, Intan Najuwa Perjelas Sebab Suami Sediakan Mesin ‘Oxygen Concentrator’ Di Rumah

    Upah nurses khas

    Menerusi hantaran di Threads, Intan, 29, berkata masih ada segelintir netizen yang salah faham dan menyangka anak-anaknya mempunyai masalah kesihatan kerana sering membawa jururawat ketika keluar bekerja atau bercuti.

    Ada yang salah faham dan komen kenapa ke mana-mana saya pergi, saya bawa jururawat untuk anak-anak saya. Netizen ingat anak saya ada sakit kronik.

    Tidak, kedua-dua anak saya memang dari awal kelahiran dijaga oleh jururawat, bukan pengasuh. Pengasuh hanya membantu jururawat apabila mereka memerlukan bantuan tambahan.

    Menurut Intan, kehadiran jururawat terbabit bukan semata-mata ketika anak-anaknya tidak sihat, sebaliknya sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mereka sejak dilahirkan.

    MENARIK:  Jovian Gagal Bayar ‘Friendly Loan’, Mahkamah Tinggi Arah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

    Dia turut menjelaskan pengasuh hanya membantu jururawat sekiranya memerlukan tenaga tambahan dalam menguruskan anak-anaknya.

    Jadi, jururawat memang bersama saya 24 jam seminggu untuk menjaga anak-anak, bukan hanya ketika mereka sakit. Bila saya bekerja, saya rasa lebih tenang sebab saya tahu anak-anak berada dalam jagaan yang baik.

    Sumber: Threads

    The post Intan Najuwa Perjelas Upah ‘Nurses’ Jaga Anak-Anak 24 Jam – ‘Netizen Ingat Sakit’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah