28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Berang Netizen Persoal Pakai ‘Bathrobe’ Saiz XXS – ‘Amboi Mulut Kau, Saya Tak Adalah Gabak Mana Pun’

    Shopee Sale



    Pelakon Intan Najuwa mempertahankan dirinya selepas seorang warganet bertindak menyindir tentang saiz pakaiannya.

    Saiz ‘bathrobe’ Intan

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi antara barangan yang akan dibawa ke hospital semasa proses kelahiran cahaya mata sulungnya nanti.

    Walau bagaimanapun, terdapat seorang warganet yang kurang senang dengan saiz ‘bathrobe’ (jubah mandi) milik Intan.

    Yakin ya terus XXS.

    Jawapan Intan

    Tidak berdiam diri, aktres berusia 27 tahun tersebut menyelar kenyataan warganet tersebut dengan menjelaskan bahawa ‘bathrobe’ mempunyai potongan yang besar. Justeru itu, dia memilih saiz yang lebih kecil.

    Amboi mulut kau. Tak payah yakin pun, itu nama dia ‘robe’, jadi memang saiz ‘robe’ saya masa tengah mengandung ni pun pakai XS atau S.

    Potongan ‘bath robe’ memang besar sebab saya tak adalah gabak mana pun.

    Kalau ambil M atau L jadi jubah bukan ‘robe’. Sekian terima kasih.

    Terdahulu, Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

    MENARIK:  [VIDEO] Madammu Terbuka Terima Teguran Netizen Pakai Tudung Nampak Tengkuk – ‘Saya Ikut Keselesaan’

    Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah