29 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Joging Aku Lagi Wajib Dari Solat Hari Raya Aidiladha’

    Shopee Sale

    Di aplikasi X, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki yang memberikan pendapatnya tentang solat sunat Aidiladha.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hajar Hanif Anggap Lelaki Punca Rumah Tangga Jadi Bosan 

    Joging lagi penting?

    Menerusi video yang dimuat naik semula @kamaghuldeghaman, seorang lelaki yang berpakaian sukan dilihat mengeluarkan pendapatnya mengatakan bahawa aktivit joging yang selalu dilakukannya lebih wajib berbanding solat sunat hari raya Aidiladha.

    Dah boleh dengar takbir raya yang berkumandang dan mungkin ramai yang tengok video ini akan cakap aku mesti tak pergi solat sunat raya.

    Solat raya pukul 8.30 pagi, sekarang baru pukul 7 pagi. Solat raya itu sunat saja, janji kita jaga solat yang lima waktu itu.

    Sekarang ini, dengan keadaan badan aku yang gemuk, aku dapat rasakan yang joging aku lagi wajib daripada solat raya. Itu pendapat akulah.

    Tambahnya, seseorang itu memerlukan fizikal yang sihat untuk melakukan ibadah dalam keadaan yang baik dan tenang.

    Kalau badan aku tak sihat, aku nak pergi solat raya pun tak boleh juga.

    Di akhir video, lelaki tersebut walau bagaimanapun menegaskan dia sempat sahaja untuk menunaikan solat sunat Aidiladha kerana dia berjoging pada pukul 7 pagi.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sepatutnya Dah Ada Perancangan’ – Kamal Adli Bersendirian Tanpa Uqasha Senrose Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

    Sungguhpun begitu, kenyataan itu tidak dipersetujui netizen yang rata-ratanya mengecam lelaki tersebut.

    Komen netizen

    Sumber: Aplikasi X

    The post ‘Joging Aku Lagi Wajib Dari Solat Hari Raya Aidiladha’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah