Pelakon dan usahawan Fazura tampil bersetuju dengan kenyatan seorang individu yang tidak menyarankan golongan wanita bujang berkahwin dengan lelaki ‘nonchalant’.
Artikel Berkaitan: ‘Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya!’ – Fazura
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dimaklumkan Fazura Telah Melanggar Perintah Mahkamah Sebanyak Enam Kali’ – Peguam Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan Hak Lawatan Fatima
Lelaki nonchalant
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu menegaskan agar menjauhi lelaki yang tidak pandai mengurus emosi wanita.
Menurutnya, seseorang tidak sepatutnya berasa keseorangan dalam sesebuah hubungan lebih-lebih lagi ketika emosi tidak stabil.
Jangan kahwin dengan lelaki yang tak reti nak pujuk.
Bayangkan, kau tengah emosi, ada masalah, hormon tak stabil, sedih sampai menangis tapi dia buat tak tahu saja.
Diam. Dingin. Macam perasaan kau tak wujud.
Dalam hubungan, kau tak patut rasa sendirian dalam kesedihan. Itu sakit.
Kahwinlah dengan orang yang jaga perasaan kau.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian pelakon utama filem Pisau Cukur yang bersetuju dengan kenyataannya.
Seratus peratus.
Sumber: Threads @missfazura
The post Individu Larang Wanita Kahwin Dengan Lelaki ‘Nonchalant’, Fazura Setuju Seratus Peratus first appeared on OHBULAN!.





