33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Impian Marygrace Nak Menyanyi Lagu Rancak Tercapai Dua Minggu Berturut-Turut – ‘Saya Harap Dapat Jadi Finalis CSOIAM’

    Shopee Sale



    Bakal berduet bersama Aisha Retno sempena konsert minggu keenam Calpis Soda One In A Million, Mary Grace memberitahu dia akan memberikan vibes persembahan ala-ala Mariah Carey dan Ariana Grande, malam ini.

    Bawa vibes Mariah Carey & Ariana Grande

    Menerusi temu bual bersama , Mary berkata, Aisha Retno antara penyanyi idolanya. Tambah Mary, dia banyak merujuk Aisha dari segi vokal dan persembahan. Apabila digandingkan bersama pada minggu ini, Mary memberitahu dia sangat gembira dan teruja.

    Kami tak pernah jumpa sebelum ini. Saya memang idolakan Aisha. Apabila dapat tahu kami akan berduet bersama, saya gembira. Dapat pula lagu Sinaran nyanyian Datuk Sheila Majid. Dari segi susunan lagu kami tak berana nak ubah. Masi kekal originallity lagu tersebut. Iya, kami akan menari nanti.

    Disoal sama ada takut ataupun tidak sekiranya netizen lebih menyukai persembahan Aisha berbanding persembahannya nanti, Marygrace secara ringkas menjawab ya.

    Takut. Tapi selepas latihan dengan Aisha saya rasa boleh jadi seperti dia. Lagipun macam mana saya nak maju kalau tak rasai semua pengalaman ini.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Mary mengenai perasaannya apabila diberi lagu rancak dua minggu berturut-turut.

    Saya pernah mengimpikan lagu rancak pada awal-awal pertandingan. Sejak minggu lepas, baru saya dapat. Saya harap juri gembira dan berpuas hati melihat saya menyanyi lagu rancak. Pada masa yang sama, saya berharap dapat jadi salah seorang finalis CSOIAM.

    MENARIK:  Dottie Dikecam Kongsi Video Pakai Singlet & Berseluar Pendek, Netizen Dakwa Dah Sendu

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah