30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Impian Alina Hassan Jadi Kenyataan: Iktikaf Ramadan Selama 50 Hari Untuk Umrah

    Shopee Sale



    Penyanyi Alina Hassan meluahkan rasa syukur kerana dapat menyertai program Umrah Iktikaf Ramadan selama 50 hari dengan kos RM13,990.

    Air mata mengalir laju

    Menerusi laporan Harian Metro, Alina berkata dia sudah berada di Madinah dan perasaannya amat terharu kerana sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke sana.

    Saya rasa sangat bersyukur dapat datang lagi ke Tanah Suci. Tadi, bila sampai ke Madinah dan tengok Masjid Nabawi, air mata saya mengalir laju. Ya Allah, Alhamdulilla saya dijemput lagi untuk datang ke sini.

    Untuk ke sini, saya keluarkan kos pembayaran kira-kira RM8,000 daripada kewangan sendiri, manakala selebihnya (bayaran) itu ada beberapa ‘hamba Allah’ yang sudi menaja. Saya bersama rombongan seramai 66 jemaah dan dua mutawif serta lima petugas.

    Ramai betul orang di Madinah. Masing-masing mahu beribadat sempena Ramadan nanti. Saya hanya akan balik ke Malaysia pada hari raya kelapan.

    Terdahulu, Alina memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menginfaq kos perbelanjaannya sepanjang berada di Makkah dan Madinah bagi mengerjakan umrah sepanjang Ramadan.

    MENARIK:  Akui Tidak Mudah Hadap Putus Cinta, Sufian Suhaimi Kongsi Cara ‘Move On’

    Dia juga tidak memaksa sesiapa pun untuk menaja, namun sekiranya ada mana-mana individu atau pihak sudi membantu menunaikan hasratnya itu, dia sangat mengalu-alukannya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah