Penyanyi, Iman Troye memaklumkan bakal melancarkan sebanyak 10 buah lagu raya bersempena meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
Artikel Berkaitan: Iman Troye Suka Tema Klasik Di Hari Raya, Pernah Beli Baju Songket RM20 – ‘Tak Kisah Harga, Asalkan Cantik’
10 lagu raya!

Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, berkata, kesemua lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album raya sulungnya.
Saya sedang dalam pembikinan menyiapkan album lagu raya untuk tahun ini. Tahun lalu kami hasilkan lima lagu raya, tetapi kali ini lebih daripada itu.
Mengikut perancangan akan ada 10 hingga 12 lagu. Tunggu dan lihat. Setakat ini, proses pembikinan lagu sudah siap kira-kira 60 peratus, manakala video muzik masih dalam perancangan.
Iman berkata demikian ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen di KWC Fashion Wholesale Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Iman, idea menghasilkan banyak lagu raya pada tahun ini kerana baginya Aidilfitri adalah detik penuh kegembiraan yang wajar diraikan bersama pendengar.
Saya dan pasukan hasilkan lagu sebanyak itu kerana saya rasa hari raya adalah detik menggembirakan untuk semua orang. Ini seperti hadiah kepada pendengar.
Peminat sudah sinonimkan saya dengan lagu raya. Setiap kali berjumpa, pasti ada yang bertanya, Iman ada lagu raya tak tahun ini. Walaupun baru masuk Januari, soalan itu sudah diajukan.
Tahun lalu pun orang sudah bertanya untuk tahun seterusnya. Jadi, apabila permintaan itu ada, saya fikir mengapa tidak hasilkan terus sebuah album penuh.
Bercerita lanjut, Iman memberitahu projek album raya itu turut membabitkan kolaborasi istimewa dengan artis tempatan, Indonesia dan Singapura. Bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penyanyi tersebut.
The post Iman Troye Bakal Lancar 10 Lagu Raya, Kolabrasi Dengan Penyanyi Indonesia & Singapura first appeared on OHBULAN!.





