28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ika Nabella Kagum Dengan Hantaran Syed Saddiq – ‘Apa Agaknya Perasaan Bapa Kandung? Tak Malu Ke?’

    Shopee Sale

    Pelakon Ika Nabella meluahkan rasa kagum terhadap pemikiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang disifatkan sebagai berpandangan jauh susulan hantarannya buat anak-anak selebriti Bella Astillah.

    Artikel Berkaitan: ‘Solat Lima Waktu & Dhuha Serta Mengaji Setiap Malam’ – Ika Nabella Tegas Pilih Pembantu Rumah

    Artikel Berkaitan: Sakit Sampai Terguling, Ika Nabella Kongsi Pernah Pitam Akibat PMS – ‘Ada Kata Hilang Selepas Bersalin’

    Kagum dengan Syed Saddiq

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ika atau nama penuhnya Ika Nabila Abdul Rahim memuji tindakan Syed Saddiq yang menjadikan hantaran dalam bentuk simpanan kewangan masa depan.

    Dalam pada itu, Ika turut mempersoalkan perasaan bapa kandung iaitu Alif Aziz terhadap tindakan bakal bapa tiri yang dilihat lebih bijak dan berfikiran jauh.

    Saya kagum dengan cara pemikirannya yang berpandangan jauh, terutama bila melibatkan masa depan anak-anak.

    Buat saya terfikir juga, apa agaknya perasaan bapa kandung? Tak malu ke?

    Sebenarnya isu ini bukan hanya tentang ibu bapa yang berpisah saja. Yang masih bersama pun, ada juga yang masih ambil ringan soal perancangan masa depan anak-anak.

    Mungkin kewangan kita cukup-cukup makan, sekadar lepas untuk bulan ini. Tapi bila kita sedar keadaan itulah sebenarnya masa paling penting untuk mula menyimpan demi masa depan.

    Selain itu, Ika menegaskan kepentingan simpanan buat masa depan anak-anak sebagai keperluan pendidikan atau kecemasan.

    Hakikatnya, ramai anak-anak terpaksa berhenti belajar bukan kerana mereka tidak bijak atau tidak berkemampuan tapi semata-mata kerana ibu bapa tidak mempunyai simpanan atau aset untuk mereka.

    Sudahlah tiada harta, tabungan pun tiada.

    Sumber: Threads @ikanabella

    MENARIK:  Pelakon Lelaki Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Dadah

    The post Ika Nabella Kagum Dengan Hantaran Syed Saddiq – ‘Apa Agaknya Perasaan Bapa Kandung? Tak Malu Ke?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah