32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hun Haqeem Bakal Jalani Rawatan Lutut Selama Tiga Bulan – ‘Sakit Tak Boleh Bincang’

    Shopee Sale

    Perkongsian di Instagram Story milik pelakon Hun Haqeem menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik foto memaparkan bahagian lututnya sedang dituam dengan bungkusan ais.

    Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Simpan Impian Jadi Penyanyi Sejak Kecil

    Rehat, jalani rawatan

    Tanpa menulis kapsyen panjang, Hun atau nama lengkap Haqeem Hermy sekadar meninggalkan ayat ringkas berbunyi ‘sakit tak boleh bincang’, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai keadaannya.

    Sementara itu, pengurus Hun iaitu Afdal Shahizad ketika dihubungi bagaimanapun enggan memperincikan masalah yang dihadapi aktor berusia 28 tahun itu.

    Namun, Afdal memaklumkan Hun akan menjalani rawatan lutut selama tiga bulan dan mendapatkan pemeriksaan susulan doktor.

    Hun ada maklumkan yang dia perlukan tiga bulan untuk berjumpa doktor dan menjalani rawatan kaki.

    Insya-Allah selepas selesai penggambaran sebuah filem yang sedang berlangsung ketika ini, Hun akan berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan.

    Terdahulu, pada Oktober 2023, Hun pernah menjalani pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan ACL ketika menjalani penggambaran drama W: Two Worlds. Pembedahan itu dijalankan di hospital pakar di Kuala Lumpur.

    MENARIK:  ‘Saya Terpaksa Bersalin Secara Czer Sebab Apendiks Pecah’ – Puteri Aishah

    The post Hun Haqeem Bakal Jalani Rawatan Lutut Selama Tiga Bulan – ‘Sakit Tak Boleh Bincang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah