26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zeera Azizi Tampil ‘Backup’ Adik, Dedah Neera Azizi Sering Taja Keluarga Ke Mekah – ‘Sebab Kita Bukan Nabi’

    Shopee Sale

    Pelakon Zeera Azizi tampil mempertahankan adiknya, Neera Azizi ekoran tindakan memuat naik video pendedahan jantina bayi (gender reveal) di hadapan Kaabah.

    Artikel Berkaitan: Zeera Azizi Dikecam Menari Bollywood – ‘Macam Tak Pernah Berhibur, Hidup Saya Terpaling Ringkas’

    Artikel Berkaitan: Neera Azizi Mohon Maaf Isu ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lepas Dari Buat Salah’

    Mempertahankan adik

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zeera atau nama lengkapnya Nurazeera Azizi, 29, memaklumkan adiknya sering menaja dirinya dan keluarga bagi menunaikan ibadah di tanah suci.

    Menurut Zeera, kejian dan makian yang dilontarkan kepada adiknya sudah melampaui batas.

    Ramai sangat yang mengerji, menghina, mengutuk seperti insan paling mulia.

    Sebagai kakak, mana mungkin saya nak diamkan diri.

    Keberadaan saya di tanah suci juga atas rezeki adik saya yang membayar kami sekeluarga ke sini tanpa meminta satu sen pun.

    Dah dua kali dia sponsor kami. Ibu bapa kami pula, tiga kali dia sponsor.

    Kalau anda mengerji dia, sekurang-kurangnya sebagai anak dan adik, dia dah melakukan kebaikan dan pahala besar buat kami sekeluarga.

    Sementara itu, Zeera mengingatkan bahawa setiap manusia melakukan kesilapan sekali gus meminta agar pihak yang mengerji untuk mencermin diri.

    Benar,yang jadi hari itu atas kekhilafan dan niat sebenar adik saya hanya ingin berkongsi kebahagian kerana dia bertemu suami di kota suci ini.

    Mereka bedua hanya manusia biasa. Tapi sekurang-kurangnya mereka berdosa dengan tuhan, mereka sudah meminta ampun kepada-Nya. Tapi anda?

    Berdosa dengan manusia itu harus meminta maaf kepada manusia tersebut. Jangan sebab rasa nak kan perhatian, rasa diri terpaling mulia, kecam orang tanpa henti.

    Setiap hari pintu taubat itu dibuka. Kekhilafan itu boleh berlaku dekat sesiapa sahaja di muka bumi ini tak kira kau ahli ulama sekalipun. Kita bukan nabi.

    Terdahulu, tindakan Neera berkongsi momen pendedahan jantina bayi di hadapan Kaabah mencetuskan reaksi pelbagai kurang senang wargamaya apabila ada yang berpendapat lokasi suci itu perlu dijaga adab dan kesopanannya.

    MENARIK:  ‘Tak Boleh Lupa Jasa Mamy, Urus Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami’ – Anak Didie Alias

    Susulan kecaman bertubi-tubi yang diterima, Neera bertindak memadam video tersebut di semua platform media sosial.

    Sumber: Threads @zeeraazizi

    ,

    The post Zeera Azizi Tampil ‘Backup’ Adik, Dedah Neera Azizi Sering Taja Keluarga Ke Mekah – ‘Sebab Kita Bukan Nabi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah