Pelakon dan penyanyi Fattah Amin berharap agar orang ramai berhenti membuat spekulasi tentang hubungan anaknya, Fatima dengan ibunya, Azizah Abdul Ghani.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata, Titip Doa Buat Anak – ‘Semoga Allah Sentiasa Lindungi Fatima’
Dalam keadaan baik

Ketika ditemui , Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menegaskan bahawa hubungan keluarganya iaitu Fatima, ibu dan bekas isteri (Fazura) berada dalam keadaan baik.
Setakat ini hubungan saya, anak, mummy dia (Fazura) dengan nenek dia tak ada masalah pun.
Dalam pada itu, Fattah mengakui bahawa isu yang hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi ibunya.
Sudah tentu lah dia sedih tapi saya cakap dengan ibu saya benda-benda macam ini, tak payah baca dan dengar.
Sebab orang luar tak tahu apa yang terjadi.
Mereka cuma boleh buat macam-macam andaian, fitnah tapi kesimpulannya, kalau benda itu tak betul, kita jangan terasa dan terkesan.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di acara Pengenalan Duta Baharu Amber yang berlangsung di Hotel Shangri-La pada Selasa.
Pelakon filem Pendekar Awang ini juga mengakui kesal dengan apa yang berlaku selain meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan meninggalkan komen negatif.
Bila benda-benda macam ini terjadi pada ahli keluarga saya, saya rasa kesal lah.
Saya selalu nasihatkan peminat saya kalau tak ada benda nak komen, janganlah komen. Jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau nak komen sekali pun, komenlah benda yang baik.
Tapi kadang-kadang kita tak boleh nak kawal semua orang.
Sudah biasa

Bagaimanapun pelantun lagu Wanita Terakhir ini mengakui sudah sedia maklum dengan pelbagai cabaran yang perlu dilalui dalam industri hiburan. Menurutnya, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang baharu.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita rasa terkesan.
Tapi apa boleh buat, kita dalam industri ni, inilah dia punya cabaran.
Sebagai orang seni, bila dah dikenali, orang boleh cakap apa saja pasal kita.
Tambah Fattah, dia akan terus memberi fokus kepada kerjayanya dan keluarga.
Saya akan terus bekerja macam biasa. Fokus saya adalah kerja, apa yang saya buat adalah untuk keluarga.
Selebihnya kalau ada orang cuba nak buat benda-benda yang tak baik, saya serah kepada Allah.
Sebagai selebriti, kena tunjuk contoh yang baik kepada peminat.
Terdahulu, tular rakaman video sesi siaran langsung memaparkan Fatima mengadu kepada Fazura dengan mendakwa nenda (ibu Fattah) mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.
Walau bagaimanapun, Fazura dengan tenang memberikan respon menafikan perkara tersebut sambil berkata tidak mungkin bekas ibu mentuanya itu akan berkata sedemikian.
Tidak melatah, adik kepada Fattah iaitu Raihan Amin menafikan dakwaan yang mengatakan ibunya, Azizah Abd Ghani mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak saudaranya.
The post ‘Hubungan Fatima, Nenek & Fazura Baik’ – Fattah Amin Mohon Netizen Henti Spekulasi first appeared on OHBULAN!.





