25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hubungan Baik Demi Anak-Anak, Emma Maembong & Bekas Suami Beraya Bersama – ‘Setiap Tahun Tetap Kena Ada Gambar Keluarga’

    Shopee Sale



    Pelakon terkenal, Emma Maembong, mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza baginya, namun tetap berusaha untuk menjadikannya istimewa, terutama buat anak-anak.

    ‘Tahun ini saya beraya untuk anak-anak’

    Menurut pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 33, memaklumkan bahawa dia tetap akan beraya bersama bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar, demi memastikan kedua-dua anak mereka tidak merasa perubahan atau kekurangan dalam keluarga.

    Tahun ni raya berbeza sikit sebab mula-mula beraya dengan keluarga, selepas itu ada keluarga sendiri dan sekarang kembali beraya dengan keluarga.

    Tapi apa yang pasti, tahun ini saya beraya untuk anak-anak. Diorang dah semakin membesar dan tahu nak minta duit dan baju raya.

    Untuk raya tahun ini, saya akan bawa anak-anak beraya di rumah bekas suami di sebelah pagi, selepas itu dia pula akan ikut beraya di rumah kami.

    Meskipun telah berpisah, Emma menegaskan hubungannya dengan bekas suami masih rapat dan mereka sentiasa berkomunikasi demi anak-anak.

    Agak sedih dan ada rasa perbezaan raya tu tapi tak rasa awkward sangat sebab hubungan saya dengan bekas suami rapat. Kami tak ada apa-apa masalah sehingga tidak berhubung dan sebagainya. Kami pun ada berjumpa sebelum ni untuk beli baju raya anak-anak.

    Menurut Emma, sejak awal lagi mereka telah bersepakat untuk mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.

    Sebelum ni saya pernah bercakap dengan bekas suami, apa- apa pun yang terjadi sekiranya hubungan perkahwinan kita tak kekal, kita tetap kena ambil gambar keluarga. Setiap tahun akan ada gambar bersama supaya anak-anak tahu, tiada apa yang berubah.

    Berkongsi pengalaman peribadinya sebagai anak yang melalui perceraian ibu bapa, Emma memahami kepentingan menjaga emosi anak-anak.

    Saya datang dari keluarga yang ibu bapa bercerai, jadi saya tahu perasaan tu macam mana.

    Pernah sekali saya sampai terpaksa lukis sendiri gambar kami sekeluarga bersama kerana saya tidak pernah berpeluang bergambar satu keluarga lengkap.

    Saya faham perasaan bagaimana seorang anak inginkan sebuah keluarga yang sempurna.

    MENARIK:  Tempat Terbaik Untuk Orang Sarawak Berbuka Puasa Sambil Piknik Di Tengah Alam Semulajadi

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah