Bila pempengaruh terkenal, Dr. Riha Jamil, memperkenalkan Fragrance Festival Malaysia (FFM) buat pertama kali Februari lalu, ramai yang teruja dan sedikit tertanya-tanya.
Festival khas untuk wangian? Mungkin sesuatu yang baru di Malaysia!
Ternyata, FFM 1.0 berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dan mendapat sambutan hangat daripada peminat haruman serta pemain industri. Festival ini bukan sekadar acara lifestyle biasa, malah ia berdiri sendiri sebagai festival haruman terbesar di Malaysia.
Kini, FFM kembali dengan edisi kedua yang lebih besar dan meriah!


Festival yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2025 di Quill City Mall, Kuala Lumpur, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, dan yang paling best, masuk adalah PERCUMA!
Apa yang menarik di FFM 2.0?

- Lebih 50 jenama minyak wangi, penjagaan badan, dan rambut dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Dubai dan Korea.
- Pelancaran produk terbaru yang eksklusif — peluang untuk jadi antara yang pertama cuba wangian terkini!
- Promosi dan tawaran istimewa yang hanya ada sepanjang festival.
- Aktiviti interaktif seperti kelas haruman bersama pakar industri, sesi berkongsi ilmu, dan peluang bertemu dengan usahawan kegemaran.
- Sudut fotografi cantik untuk korang merakam momen bersama wangian pilihan.
Lokasi baru, ruang lebih luas & selesa

Untuk kali ini, FFM 2.0 memilih Quill City Mall sebagai lokasi acara. Dengan ruang yang lebih luas dan suasana yang selesa, pengunjung boleh menikmati pelbagai wangian, berinteraksi dengan jenama kegemaran, serta menyertai aktiviti menarik tanpa rasa sesak.
Festival ini juga memberi ruang kepada jenama tempatan untuk bersaing dan menonjolkan kreativiti mereka. Dengan sokongan penaja utama seperti Szindore, Beauboss, Sorae, Mykonos, Sugarbomb dan Shaikh Saeed Perfumes, industri haruman Malaysia semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang sewajarnya.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
FFM 2.0 dijangka akan menghimpunkan ribuan pengunjung sepanjang tiga hari penuh dengan pelbagai aroma dan aktiviti menarik. Sama ada korang seorang peminat tegar wangian atau baru mula ingin mengenali dunia haruman, festival ini pasti ada sesuatu untuk korang
Jom set kalendar korang dan rasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada festival haruman paling dinanti tahun ini. Jumpa di FFM 2.0!
The post Fragrance Festival Malaysia 2.0: Acara Haruman Terbesar Kembali Oktober Ini! first appeared on OHBULAN!.





