Meskipun mempunyai pendapatan sendiri, pelakon Anzalna Nasir, mengakui tetap senang apabila suami, Hanif Zaki mahu berbelanja untuk dirinya.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Fokus Kejar Ketenangan Hidup – ‘Tak Nak Berhutang & Komitmen Yang Terlalu Tinggi’
Artikel Berkaitan: Sebak Kenang Nasib Golongan Susah, Anzalna Nasir Ambil Inisiatif Bantu Keluarga Memerlukan – ‘Boleh DM Atau Maklumkan’
Suami kongsi rezeki

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang mampu berdikari dengan pendapatan dan kewangan sendiri.
Namun, Anzalna berseloroh, dia tetap akan menerima pemberian Hanif sekiranya suaminya itu mahu membelikannya sesuatu.
Saya ini wanita berdikari. Ada duit sendiri boleh bayar shopping sendiri tapi bila suami nak belanja, terus serba salah.
Konon nak guna duit sendiri, akhirnya terambil juga dengan penuh rasa syukur.
Dalam masa yang sama, Anzalna berkata, dia amat menghargai usaha suami untuk membahagiakannya.
Saya tak bolehlah, saya lemah. Kalau suami nak bahagiakan isteri, takkan nak tolak rezeki bukan?
Lagi pun dalam Islam, membahagiakan keluarga pun satu bentuk kebaikan.
Jadi saya anggap saya sedang membantu suami kumpul pahala.
Sumber: Threads
The post ‘Boleh Bayar Shopping Sendiri Tapi Bila Suami Nak Belanja..Terambil Juga’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.





