30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hidayah Tak Akan Lupakan Abam Walau Sudah Temui Pengganti – ‘Arwah Jadi Suami Saya Di Syurga’

    Shopee Sale

    Meskipun sudah menemui peneman hidup baharu, balu kepada pelawak dan pelakon Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali mengakui arwah suaminya akan sentiasa kekal dalam ingatan dan hati sampai bila-bila.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Iftar Bersama, Hidayah Terbuka Kongsi Wajah Kekasih? – ‘Kalau Jodoh, Memang Ada Iras Arwah Abam’

    ‘Suami di syurga’

    Hidayah, 33, berkata, kehadiran pasangan baharu tidak pernah memadamkan kedudukan Allahyarham Abam sebagai suami dan juga bapa kepada anak mereka.

    Saya tak akan lupa arwah sampai bila-bila walaupun kini sudah ada pasangan. Arwah tetap ayah kepada anak saya iaitu Hamzah. Arwah tetap menjadi suami saya di syurga.

    Tak semestinya kalau kahwin lain tak jumpa suami di syurga. Allah lebih mengetahui, doakan yang baik-baik untuk saya.

    Hidayah berkongsi perkara itu selepas sebuah video di TikTok miliknya tular, memaparkan dirinya bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya dikenali sebagai Amsyar.

    MENARIK:  Tahniah! Pevita Pearce Selamat Bernikah Dengan Anak Bos Habib Jewels

    Video konten ‘sampai jumpa, goodbye sayang’ itu turut menggabungkan beberapa foto kenangan bersama Allahyarham Abam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

    Rata-rata netizen dilihat memberikan pandangan berbeza, termasuk meluahkan rasa kurang senang dan mempersoalkan kandungan video tersebut.

    Terdahulu, Hidayah secara terbuka mendedahkan dia dan Amsyar merancang untuk mendirikan rumah tangga, memandangkan hubungan mereka kini masih berada dalam fasa saling mengenali hati budi.

    Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017.

    Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Bukhary meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.

    Sumber: TikTok

    The post Hidayah Tak Akan Lupakan Abam Walau Sudah Temui Pengganti – ‘Arwah Jadi Suami Saya Di Syurga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah