29 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hariz Hamdan Mohon Maaf Isu Nelydia Terpeluk Tangan Dalam ‘Cable Car’ – ‘Dia Gugup & Panik’

    Shopee Sale

    Pelakon, Hariz Hamdan tampil memohon maaf kepada orang ramai susulan video tular memaparkan aktres, Nelydia Senrose memeluk tangannya tanpa sengaja ketika menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Tolak Tepi Soal Cinta, Beri Fokus Penuh Pada Karier Seni – ‘Sekarang Baru 22, Mungkin Umur 30 Baru Cari Kekasih’

    Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk Ketika Berat Badan Cecah 98kg Di Usia 14 Tahun – ‘Tengok Cermin Rasa Stress & Malu

    Tiada niat timbulkan isu

    Menjelaskan keadaan sebenar, Hariz, 23, berkata klip tersebut sebenarnya dimuat naik bagi tujuan peribadi dan tanpa niat mencetuskan sebarang isu sensasi selain mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka berjudul Seindah Hujan Cinta.

    Sejujurnya, saya hanya mahu mempromosikan drama bersiri Seindah Hujan Cinta yang bakal bersiaran di Tonton. Tak sangka ramai yang mengkritik video terbabit.

    Menurut Hariz, dia tidak menyalahkan sesiapa atas kekecohan yang timbul dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu tersebut.

    Saya nak minta maaf jika video yang saya kongsikan itu mencetuskan kontroversi. Tiada niat pun untuk cetuskan isu. Itu sekadar kenangan bersama kawan-kawan serta sebahagian promosi naskhah itu.

    Salah tetap salah. Apa yang berlaku tidak sepatutnya terjadi dan saya akan pastikan perkara sebegini tidak berulang lagi. Saya juga minta orang ramai berhenti mengecam Nelydia kerana reaksi itu berlaku secara spontan.

    Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 turut menjelaskan insiden tersebut berlaku ketika sesi penggambaran di puncak Langkawi dan situasi berlaku secara tiba-tiba apabila Nelydia panik semasa berada dalam kereta kabel.

    Mungkin pada saat itu, dia rasa gugup dan panik, jadi dia tak sedar apa yang dia lakukan. Disebabkan panik, dia peluk lengan saya. Saya pun tak salahkan dia. Bila seseorang panik, kita tak tahu macam mana mereka akan bertindak.

    Saya anggap dia macam kakak kerana jarak usia kami agak jauh. Saya baru 23 tahun, manakala dia pula 31 tahun. Jadi saya hanya cuba tenangkan dia.

    Drama Seindah Hujan Cinta yang turut menampilkan pelakon seperti Yusuf Bahrin dan Ezzanie Jasny ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan akan mula ditayangkan di platform Tonton bermula 21 Julai ini.

    MENARIK:  ‘Cuba Kalau Mereka Tengah Garu Belakang Badan, Saya Pula Rakam’- Ammar Ahyan

    The post Hariz Hamdan Mohon Maaf Isu Nelydia Terpeluk Tangan Dalam ‘Cable Car’ – ‘Dia Gugup & Panik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah