27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haramkah Mengambil Upah untuk Menukar Duit Raya? Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale



    Dah menjadi satu kebiasaan untuk setiap orang menukar duit setiap kali tibanya perayaan Hari Raya Aidilfitri. Duit raya tersebut pula akan diberikan kepada sanak-saudara sebagai satu cara untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan.

    Namun begitu, sejak akhir-akhir ini timbul satu persoalan mengenai mereka yang mengambil upah ketika melakukan servis menukar duit raya yang dikhuatiri mempunyai unsur riba.

    Ustaz Azhar Idrus beri penjelasan

    Terbaharu, penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan persoalan tersebut selepas diajukan soalan oleh jemaahnya ketika menyampaikan ceramah.

    Menurut Ustaz Azhar Idrus yang lebih mesra disapa UAI, perbuatan mengambil upah menukar duit raya adalah dikategorikan sebagai haram kerana ia termasuk sebagai kategori riba.

    Dengar ini molek-molek, sebagai contoh boleh ke kita nak tukar RM100 tapi dapat hanya RM98 saja?

    Sepatutnya kita nak tukar RM100 kepada RM1 seratus keping misalnya, jadi orang yang menukar itu wajib bagi seratus keping juga.

    Tapi kalau orang itu berikan kita hanya RM98 dan dia ambil RM2 sebagai upah jadi haram hukumnya.

    Kenapa haram? Sebab itu riba.

    Namun, sekiranya mahu mengenakan upah kepada servis yang dilakukan, seseorang itu wajib untuk menukarkan duit yang diminta dengan jumlah yang diminta oleh pelanggannya.

    Kita kena tukar ikut apa yang diminta. Tak boleh lah kita bagi RM98 saja sedangkan orang minta tukarkan RM100.

    Kalau nak buat upah boleh, tapi kena tukar betul-betul. Kalau orang minta tukar RM500 kita kena bagi juga RM500.

    Kemudian katalah kita diberikan upah sebanyak RM20, baru boleh dan tak haram sebab tak ada unsur riba disitu.

    Video

    MENARIK:  Isteri Dedah Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan – ‘Saya Akan Beritahu Jika Ada Perkembangan Seterusnya’
    " data-video-id="7352010418233101575">
    @awe_kelate03 Hukum Ambil Upah Tukar Duit Raya – Ustaz Azhar Idrus #virall #ustazazharidrus #viralvideo #for #anokklate #nasihatislami #kuliah #islam #allahuakbar #dakwah_islam #muslim #uai #fypkelate #ustaz #fyp??viral #fyp #foryou #ustazazharidrusofficial #fyp? #ceramahislam #ustazazharidrus #virall ? bunyi asal – Kuliah Agama

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah