Penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza meluahkan pendapatnya mengenai lirik lagu penyanyi dangdut, Baby Shima yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: ABPBH37: Haiza Usaha Tunaikan Manifesto Tumbang Kambing – ‘Doakan Rezeki Saya, Dapat Buat Kenduri’
Artikel Berkaitan: Baby Shima Lancar Single Sulung Dalam Dialek Kelantan, ‘Bey Kelik Laa Bey’
Masih muda

Ketika ditemui , Haiza atau nama penuhnya Rohaiza Nordin, 45, turut mempersoalkan lirik lagu yang dikeluarkan penyanyi berusia 33 tahun itu.
Menurut Haiza, faktor usia mungkin menjadi salah satu punca pelantun lagu ‘Masuk Lagi’ itu bertindak sedemikian.
Mungkin sebab umur, dia rasa sesuai untuk dia menyanyikan sebegitu.
Macam kita dah berubah ke fasa yang lebih berusia, dah tak sesuai. Jadi, kita tidak sentuh lirik macam itu.
Haiza berkata demikian ketika ditemui pada Kenduri Rakyat sempena kemenangannya pada malam berprestij ABPBH37 yang berlangsung di Asam Pedas London, Selayang.
Teguran buat Baby Shima

Dalam pada itu, Haiza menitipkan pesanan agar Baby Shima lebih berhati-hati sebelum melancarkan sebuah lagu.
Ujarnya lagi, setiap penyanyi tidak sepatutnya menormalisasikan lirik lucah dalam karya yang dihasilkan.
Kena tengok lirik yang awak sampaikan, walaupun katanya tidak ke arah itu tapi dia punya lirik berpusing ke arah yang tak baik.
Lain kali, saya rasa kena fikir betul-betul lah. Saya tak tahulah mungkin ada sesetengah penyanyi, setiap kali nak keluar lagu dia nak diperkatakan saja mungkin.
Mungkin selepas ini boleh mencari lirik yang dapat mendidik orang. Walaupun dangdut tapi bila orang mendengar, sesuai dengan peringkat usia.
Kalau negara luar seperti Indonesia saya rasa benda itu dah biasa tapi budaya seperti itu bukan di Malaysia. Jangan normalisasikan unsur lucah dalam lagu.
Imbas kembali, lagu baru milik Baby Shima yang berjudul ‘Masuk Lagu’ menerima reaksi kurang senang dalam kalangan pendengar.
Selain itu, warganet turut mempersoalkan jenis karya yang dihasilkan sekali gus dianggap tidak berkualiti kerana lirik yang membawa maksud lucah.
The post Haiza Nasihat Baby Shima Berfikir Dahulu Sebelum Lancar Lagu – ‘Jangan Normalisasikan Unsur Lucah’ first appeared on OHBULAN!.





