29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Mahamad Pertahan Isteri, Dedah Syafiqah Aina Urus Rumah Sendiri Walau Ada Pembantu

    Shopee Sale

    Usahawan Hafiz Mahamad tampil menempelak individu yang mempertikaikan keupayaan isterinya, Syafiqa Aina dalam menjalankan peranannya sebagai seorang suri rumah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad & Isteri Buat Piza Bukan Untuk Tumpang Populariti Sesiapa – ‘Kami Nak Belajar, Aina Pun Suka Makan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Janji Tak Akan Berhenti Bawa Orang Ke Bumi Allah, Pekerja Menangis Ditaja Tunai Haji

    Aina masak sendiri

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Hafiz atau nama lengkapnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad, 32, memberitahu meskipun memiliki pembantu rumah namun isterinya tetap memilih untuk memasak dan mengemas rumah sendiri setiap hari.

    Saya sangat tak suka orang judge ‘kebolehan atau usaha’ isteri saya macam ini.

    Walaupun ada helper. Bila bab masak, Aina memang konsisten masak sendiri untuk saya. Mengemas rumah pun setiap hari memang saya nampak dia mengemas sebab dia rasa puas bila mengemas cara dia.

    Saya ada driver dan PA nak dekat 4 orang tарі hantar anak sekolah, masih lagi Aina sendiri setiap pagi bangun, siapkan anak sendiri dan hantar anak ke sekolah pun sendiri.

    Usaha isteri

    View this post on Instagram

    A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

    Dalam pada itu, Hafiz turut menyifatkan isterinya seorang yang berdikari kerana tidak pernah bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah.

    Aina memang dari dulu tak suka ada maid sebab tak biasa ada orang luar di rumah. Saya yang nak ada maid untuk mudahkan isteri cuma perangai Aina ini dia memang suka buat semua benda sendiri.

    Yang mengarah maid itu ini adalah saya. Kalau Aina, kebanyakannya dia settle sendiri. Saya respect dan salute usaha Aina.

    Dia boleh sebab dia nak dan usaha dia. Kalau tak ada effort, letak lah 100 maid pun tak jalan juga.

    Tambah Hafiz, meskipun selama ini dia jarang memberikan respon terhadap perkara seperti ini, namun kali ini dia terpanggil untuk bersuara demi mempertahankan isterinya.

    Tentang usaha isteri saya, saya nampak dan saya hormat apa yang dia buat untuk keluarga ni walaupun sekecil semut usahanya.

    Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raisya Narisa dan Rayqal Arees.

    MENARIK:  Kisah Hidup Soloz Difilemkan dalam Movie E-Sports Pertama Malaysia, Soloz: Game Of Life!

    The post Hafiz Mahamad Pertahan Isteri, Dedah Syafiqah Aina Urus Rumah Sendiri Walau Ada Pembantu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah