33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafeez Mikail Seronok Jadi Ayah, ‘Sorok’ Muka Anak Elak Penyakit Ain – ‘Dalam Al-Quran Dah Tertulis’

    Shopee Sale



    Pelakon Hafeez Mikail memilih untuk menjaga privasi keluarga sehabis baik agar dilindungi daripada penyakit ain.

    Seronok jadi ayah

    Ketika ditemui , Hafiz atau nama lengkapnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, meluahkan rasa teruja setelah tujuh bulan bergelar seorang ayah kepada puteri sulungnya, Dahlia Ayesha.

    Menurutnya, membawa figura seorang suami dan ayah adalah impian yang sudah lama disimpan pelakon berusia 32 tahun itu.

    Sangat seronok jadi ayah.

    Ini adalah anak pertama saya, dia sangat manja.

    Tiada apa untuk mengeluh, saya sangat bersyukur.

    Banyak saya tumpang rezeki anak.

    Hafeez berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

    Penyakit ain

    Berkongsi lebih lanjut, Hafeez belum bersedia untuk memuat naik sebarang gambar anaknya kerana takut dengan penyakit ain.

    MENARIK:  [VDEO] Fizz Fairuz Akui Disiplin Pendatang Baru Berbeza Dengan Pelakon Lama – ‘Ada Pengarah Baling Skrip Kena Muka’

    Tambahnya, pengalaman dari rakan sendiri membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar keluarga di media sosial.

    Saya percaya dan dalam Al-quran pun ada tulis tentang penyakit ain.

    Walaupun kita rasa anak kita comel, akan ada orang yang tak senang dengan hal itu.

    Dia masih kecil, jadi saya rasa belum masanya lagi.

    Kalau dah besar sikit, Insya-Allah saya kongsi.

    Tambahnya lagi, dia tidak menghalang untuk anaknya berkecimpung dalam industri hiburan kelak selagi tidak mendatangkan keburukan kepada mana-mana pihak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah