Seorang guru mengaji di Kabupaten Garut, Indonesia ditahan polis selepas didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Artikel Berkaitan: Rogol Cucu Tiri 13 Tahun Sampai Hamil 5 Bulan, Datuk Mengaku Bernafsu Tengok Mangsa Berpakaian ‘Seksi’
Rogol kanak-kanak 13 tahun

Suspek yang dikenali sebagai US (54), itu didakwa melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa yang juga merupakan jirannya sendiri, pada Jumaat (13 Mac) kira-kira jam 7:45 malam.
Suspek datang ke rumah mangsa ketika ketika suasana kampung sunyi kerana penduduk sedang menunaikan solat tarawih di masjid.
Menurut pihak polis, suspek menggunakan alasan mahu membantu mengubati nenek mangsa yang sedang terlantar sakit dan tidak boleh berjalan.
Dengan alasan mahu membacakan doa kesembuhan untuk si nenek, suspek masuk ke dalam rumah. Namun, dia sebaliknya menuju ke bilik tidur cucunya (mangsa)
Walaupun pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa, naluri nenek mangsa mula merasa tidak sedap hati apabila menyedari suspek terlalu lama berada di dalam bilik cucunya.
Meskipun dalam keadaan uzur, warga emas tersebut berusaha memeriksa keadaan bilik tersebut. Alangkah terkejutnya si nenek apabila mendapati suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk terhadap cucunya yang masih di bawah umur.
Mangsa yang tidak berdaya hanya mampu menurut sebelum si nenek menjerit meminta tolong. Penduduk yang berada berhampiran segera menyerbu lokasi kejadian.
Susulan itu, suspek kini ditahan dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: Pikiran Rakyat
The post Guru Mengaji Didakwa Rog*l Remaja 13 Tahun Ketika Orang Kampung Tarawih Di Masjid first appeared on OHBULAN!.





