25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gadis Memutuskan Hubungan Selepas Ditegur Oleh Bakal Mentua Terhadap Konten – ‘Makcik Tidak Suka Semua Benda Perlu Dipamerkan’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang gadis yang sebak selepas mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.

    Dipercayai, keputusan tersebut dibuat sejurus selepas dirinya selesai bertemu dengan ibu kepada pasangannya itu.

    Minta izin buat konten

    Menerusi aplikasi X, individu yang menggunakan nama @bckupacc99 dilihat memuat naik semula video gadis berkenaan yang dilihat meminta kebenaran daripada bakal mentuanya itu untuk merakam video mereka di dalam kereta.

    Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk konten bagi media sosialnya.

    Namun, apa yang mengejutkan ialah ibu kepada teman lelakinya dilihat menegur permintaan tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang gadis yang suka berkongsi hal kehidupan di media sosial.

    Konten? Makcik tengok kamu ini tak habis-habis dengan konten. Tayang sana, tayang sini. Kenapa ya?

    Katanya kamu ini ada latar belakang (pendidikan) sekolah agama. Semua benda memang kena tunjuk ke?

    Teman lelaki kamu itu anak tunggal mak cik dan anak harapan mak cik. Makcik tak suka pasangan dia yang jenis bermedia sosial ini.

    Terus terang, makcik tak suka kamu. Lepas tu tak tahu buat kerja apa. Alif memang dia ada gaji, berpendidikan.

    Gadis berkenaan kemudiannya difahamkan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya kerana tidak tahan dengan kata-kata yang dilontarkan ibu pasangannya itu.

    MENARIK:  ‘Zaman Sekarang Memang Orang Macam Kami Ramai Yang Nak, Jadi Saya Tak Terasa’ – Shaf Naufas

    Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju menyokong tindakan ibu kepada teman lelakinya itu.

    Netizen berpendapat, gadis berkenaan tidak sepatutnya menjadikan pertemuannya bersama bakal mentuanya itu sebagai konten kerana tidak semua perkara perlu dikongsi di media sosial.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah