Usahawan dan pelakon, Abby Abadi tampil membalas komen seorang individu yang mengungkit kisah percintaannya bersama aktor, Zul Ariffin suatu ketika dahulu.
Abby Abadi balas komen netizen

Seorang individu mendakwa Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berpisah dengan Zul kerana ditinggalkan oleh aktor berkenaan.
Bagaimanapun, Abby tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya yang memilih untuk mengakhiri hubungan tersebut kerana mereka tidak serasi bersama.
Menurut Abby, perpisahan itu juga berlaku tanpa melibatkan hak sesiapa malah hubungan mereka tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.
Tak kena tinggal lah. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. Tak ada jodoh tapi tak kacau hak sesiapa.
Dalam pada itu, Abby turut menegaskan bahawa perceraiannya dengan bekas suami, Norman Hakim juga adalah atas permintaannya.
Bercerai pun saya yang minta cerai okey, sekian. Tak perlu meraban berlebih-lebih sangat.
Dapatkan nafkah saya yang tertangguh dulu kalau nak sibuk sangat.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama’ – Abby Abadi Bidas Komen Netizen first appeared on OHBULAN!.





