27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fizi Ali Beritahu Bekas Isteri Dapat Hak Penjagaan Ameena – ‘Saya Ambil Setiap Dua Minggu Sekali Dari Jumaat Sampai Isnin’

    Shopee Sale



    Penyampai radio Fizi Ali memberitahu kepada bahawa bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri mendapat hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Ameena Sofia.

    Hak bermalam dan melawat

    Menurut Fizi, sejak awal kes hadanah berlangsung, dia bersetuju untuk memberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas isteri. Tambah Fizi, dia cuma mahu hak untuk bermalam dan melawat Ameena sahaja.

    Kalau nak diikutkan daripada awal lagi, memang saya bagitahu kita bagi dekat mak dia. Saya nak hak bermalam dan melawat. Saya akan ambil setiap dua minggu sekali dari Jumaat sampai Isnin. Apabila selesai kes hadanah ini saya sangat lega.

    Apa sahaja tindak tanduk kami semua termaktub dalam beberapa syarat. Dalam tu kami letak beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Sekiranya tak patuhi, kami kena bagitahu dekat orang yang ada dalam syarat tu. Kalau tak, boleh kena denda.

    Disoal mengenai harapan untuk Ameena berdasarkan keputusan kes hadanah semalam, Fizi menjawab, dengan adanya keputusan seperti itu anaknya akan lebih gembira dan kehidupannya akan lebih teratur.

    Tidak la sekejap sini sekejap sana. Keputusan ini membuatkan semua urusan lebih mudah. Ameena faham apa yang terjadi dan dia tahu mak dan bapa dia dah berpisah.

    Sebenarnya dia patut gembira sebab ada dua keluarga untuk bagi dia tak rasa down. Dia ada dua mama dan dua daddy. Salah satu cara untuk bagi dia rasa gembira.

    sempat meminta nasihat dan pendapat Fizi berhubung pasangan yang sedang bergaduh mengenai hak penjagaan anak di luar sana. Ujar Fizi, dia tidak mempunyai nasihat kepada mereka sebaliknya, mampu berkongsi pandangan sahaja.

    Ini lebih kepada pandangan sahaja. Apa sahaja masalah yang ada sebolehnya kena ada orang ketiga untuk neutral. Tak boleh sana panas dan sini panas. Pergi ke mahkmah atau cari peguam untuk selesaikan masalah. InsyaAllah ia akan dipermudahkan.

    MENARIK:  Siti Jamumall Berang Kes Tertukar Anak Didakwa Hanya Konten – ‘Saya Bersumpah Tak Akan Maafkan Sesiapa Yang Fitnah’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah