Tindakan pelakon, Firdaus Ghufran yang lantang bersuara berkongsi pandangan serta ilmu berkaitan agama Islam disifatkan sebagai munafik atau berpura-pura oleh segelintir netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Sentuh Agama, Ia Sangat Menyakitkan’ – PU Riz Bersuara Isu Penuntut Universiti Pijak Al-Quran
Pakai Subang & Peluk Wanita

Sebelum ini, Firdaus tampil menyuarakan pendirian berhubung isu seorang individu yang bertindak tidak sopan dengan memijak kitab suci al-Quran, baru-baru ini.
Bagaimanapun, keberaniannya mempertahankan isu berkaitan agama itu dipersoalkan apabila ada pihak mendakwa gaya hidup pelakon berkenaan tidak mencerminkan imej seorang Muslim sejati.
Dakwaan itu timbul susulan netizen menjumpai foto yang memaparkan Firdaus berpelukan dengan seorang wanita berpakaian seksi yang didakwa kekasihnya, sekali gus mencetuskan kritikan netizen.
Selain itu, penampilan aktor berkenaan yang dilihat memakai subang telinga dan rantai turut menjadi bahan kecaman dan perdebatan.
Seakan memahami namanya sedang hangat diperkatakan, Firdaus menerusi satu hantaran terbaharu di platform Threads berkongsi semula nasihat pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar berkaitan fitnah akhir zaman.
Perkongsian tersebut dilihat seolah-olah satu respons tidak langsung terhadap kritikan yang diterimanya.
Sumber: Threads
The post Firdaus Ghufran Kongsi ‘Lindungilah Al-Quran’, Netizen ‘Korek’ Gambar Pakai Subang & Peluk Wanita first appeared on OHBULAN!.





