Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan sedia menghulurkan bantuan kepada anak-anak arwah Dharma Harun Al-Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman dan Siti Qurratu Aini dalam melengkapkan pembelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Artikel Berkaitan: Dharma Harun Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun
Akan dibincangkan

Ketika ditemui , Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata perkara itu akan dibawa dan dibincangkan dengan pihak berwajib berkaitan bantuan yang akan diberikan.
Finas akan sentiasa membantu keluarga arwah.
Saya akan hubungi dengan pihak Aswara untuk memastikan kebajikan mereka terjaga sebab saya tahu kedua-duanya ingin melanjutkan pelajaran.
Kita faham, bila dengar daripada berita sebelum ini, keluarga arwah mengalami masalah kesihatan dan juga kewangan.
Saya akan bincang dulu dengan pihak Aswara menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi mengenai bantuan yang perlu diberikan kepada mereka.
Azmir berkata demikian ketika ditemui di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Kuala Lumpur untuk mandian jenazah seniman popular era 1980-an itu.
Mengulas lanjut, Azmir berkata arwah juga pernah berkongsi anak-anaknya merupakan pelajar cemerlang di akademi tersebut.
Saya tahu anak-anak arwah merupakan pelajar cemerlang di ASWARA.
Arwah yang beritahu saya sendiri. Sebab itu dia minta anak-anaknya untuk sambung belajar.
Terdahulu, bintang filem Adik Manja berusia 68 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, Wangsa Maju pada malam Selasa.
The post Finas Sedia Hulur Bantuan, Bantu Anak-Anak Arwah Dharma Harun Lengkapkan Pembelajaran Di Aswara first appeared on OHBULAN!.





