24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fimie Don Sanggup Jadi ‘Hantu’, Dua Bulan Dapat Gaji RM200

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Fimie Don berkongsi pengalaman kerjayanya yang terpaksa menjadi ‘hantu’ di sebuah taman air demi meneruskan kehidupan.

    Artikel Berkaitan: Fimie Don Dituduh Ambil Kesempatan & Tutup ‘Periuk Nasi’ Orang Lain – ‘Jangan Bersangka Buruk Dengan Manusia Lain’

    Artikel Berkaitan: ‘Persembahan Saya 60 Peratus Teater, 40 Peratus Vokal’ – Fimie Don Beri Penjelasan ‘Over’ Bila Menyanyi

    2 tahun tiada ‘job’

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fimie atau nama lengakapnya Shafimie Saedon, 27, mendedahkan bahawa dia pernah hilang arah tuju kerana tidak menerima sebarang tawaran bekerja selama dua tahun.

    Ada satu masa, saya tiada dapat apa-apa tawaran kerja selama dua tahun.

    Aku hilang arah tuju, aku duduk di studio teater sebab tak nak balik rumah.

    Dan aku kerja di Sunway Lagoon sebagai hantu.

    Orang kenal aku Fimie Don, aku malu.

    Untuk dua bulan, gaji aku RM200.

    Kerja tuhan

    " data-video-id="7518978540046535944" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @soutudeen

    Watch full vid yt soutudeen feat @Fimie Don

    ♬ original sound – soutudeen – soutudeen

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Salahkan Aku’ itu berkata, dia menerima tawaran kerja yang bernilai RM6,000 selepas beberapa hari menjadi hantu di Sunway Lagoon.

    Bagaimanapun, Fimie menolak tawaran tersebut kerana dikatakan ego mengawal dirinya ketika itu.

    Aku ego dengan tuhan.

    Aku nak tunjuk tuhan yang aku ada usaha dengan kerja sebagai hantu di Sunway Lagoon.

    Tapi aku lupa, rezeki itu tuhan yang aturkan.

    Tuhan punya kuasa, job yang aku tolak itu, datang balik.

    Dalam pada itu, Fimie menegaskan untuk percaya pada rezeki dengan adanya kekuasan Allah yang sentiasa membantu hamba-hamba Nya yang dalam kesusahan.

    Sumber: TikTok @soutedeen

    The post [VIDEO] Fimie Don Sanggup Jadi ‘Hantu’, Dua Bulan Dapat Gaji RM200 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah