25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Pecah Panggung Blood Brothers: Bara Naga Dominasi Pencalonan FFM34, Berentap 13 Kategori

    Shopee Sale

    Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sebentar tadi merasmikan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34), iaitu sebuah platform pengiktirafan tertinggi kepada penggiat seni layar negara.

    Artikel Berkaitan: Andy Teh Gembira FFM34 Perkenal Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik – ‘Harap Ada Rezeki Tercalon’

    Artikel Berkaitan: FFM34 Umum Kategori Baharu, Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik

    13 kategori

    Filem pecah panggung, Blood Brothers: Bara Naga antara karya yang mendapat paling banyak pencalonan bagi edisi kali ini dengan sebanyak 13 pencalonan.

    Blood Brothers: Bara Naga turut diikut rapat dengan filem Takluk: Lahad Datu iaitu sebanyak 12 pencalonan manakala filem Soloz: Game of Life pula berjaya membolos 11 kategori.

    Selain itu, filem Kahar: Kapla High Council pula sebanyak 10 pencalonan dan filem Riversi 9 pencalonan.

    Terima dana

    Turut diumumkan sebentar tadi adalah sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta bakal dimiliki pemenang kategori Filem Terbaik FFM34.

    Pemenang 27 kategori bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Eloklah Suami Ikut Kemahuan Saya, Daripada Dia Ikut Kemahuan Isteri Orang Lain’ – Norreen Iman

    Selain itu, pemberian hadiah berjumlah RM20,000.00 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti FINAS untuk tujuh (7) kategori iaitu Pengarah Harapan, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pengarah Terbaik, Dokumentari Terbaik, Filem Terbaik, serta Filem Pendek Terbaik.

    Bagi menghargai jasa tokoh seni yang telah mencorakkan perjalanan sinema tanah air, FINAS turut menganjurkan Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sebagai program sisipan FFM34. Antaranya, Seniwati Datin Rosnani Jamil, Seniwati Ruminah Sidek, Dato’ Rahim Razali serta Othman Hafsham.

    Malam Anugerah FFM34 akan berlangsung pada 1 November 2025, 8.30 malam di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, dan turut disiarkan secara langsung di TV2 RTM serta YouTube FINAS.

    Untuk maklumat lanjut berkenaan FFM34, layari

    The post Filem Pecah Panggung Blood Brothers: Bara Naga Dominasi Pencalonan FFM34, Berentap 13 Kategori first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah