30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Gantung: Musketeer Code Temui Penonton 5 Jun Ini, Adaptasi Novel Popular Kembali Selepas 7 Tahun

    Shopee Sale

    Selepas tujuh tahun mencetus fenomena menerusi drama bersiri, kisah Gantung kini kembali dalam bentuk filem dengan judul Gantung: Musketeer Code, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Jun 2025.

    Gantung: Musketeer Code

    Filem ini merupakan adaptasi daripada novel bestseller Gantung karya Nadia Khan, yang sebelum ini pernah dijadikan siri televisyen pada tahun 2018.

    Filem terbitan Neddo Works ini menggali semula tragedi hitam yang berlaku ketika zaman persekolahan empat sahabat iaitu Gibbs, Ray, Troll dan KJ, di mana mereka dituduh menjadi punca kematian seorang pelajar perempuan, Ratna yang menggantung diri di auditorium sekolah.

    Menurut Nadia Khan yang juga bertindak sebagai penerbit, pengarah dan penulis skrip, filem ini direalisasikan hasil sokongan berterusan daripada peminat novel yang mahukan penamat kepada kisah yang tergantung.

    Ramai yang mahu penutup kepada kisah ini. Kami sendiri terharu melihat karya seperti ini mendapat tempat di hati pembaca dan penonton muda.

    Projek filem ini turut dibiayai melalui crowdfunding yang dilancarkan pada Januari 2020, di mana mereka berjaya mengumpul sebanyak RM200,000 menerusi penjualan buku, t-shirt dan cenderamata. Namun, pandemik Covid-19 menyebabkan penggambaran tertangguh sebelum akhirnya berjaya disempurnakan pada Disember 2023 hingga Januari 2024.

    MENARIK:  [VIDEO] Solekan Tun Laila Raih Perhatian, Netizen Puji ‘Simple’ – ‘Bagus Tak Pakai Bulu Mata Palsu’

    Filem ini bukan sekadar misteri, tetapi juga menyentuh tema persahabatan, zaman sekolah dan kesilapan ketika usia muda. Nadia berharap naskhah ini akan mendapat tempat bukan sahaja di hati peminat setia novel dan siri terdahulu, tetapi juga penonton baru yang menginginkan cerita remaja dengan jiwa dan konflik yang mendalam.

    Gantung: Musketeer Code dibintangi oleh pelakon asal dan baru termasuk Ikmal Amry, Ben Amir, Hafreez Adam, Brandon Salim (Indonesia) dan Shazia Rozaini. Beberapa watak utama seperti Gibbs dan Farah, yang sebelum ini dilakonkan oleh Randy Pangalila dan Mentari de Marelle, kini digantikan oleh Ben Amir dan Shazia. 

    Filem ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Bront Palarae dan Sofia Jane, selain beberapa penampilan istimewa pelakon tempatan lain. 

    Gantung: Musketeer Code bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 5 Jun 2025.

    The post Filem Gantung: Musketeer Code Temui Penonton 5 Jun Ini, Adaptasi Novel Popular Kembali Selepas 7 Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah