27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FFM35: Lima Filem Rebut Gelaran Filem Terbaik, Khadam & Malam Terlarang Mendahului Pencalonan

    Shopee Sale

    Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) bakal menyaksikan persaingan sengit apabila lima filem tempatan tercalon bagi merebut gelaran Filem Terbaik pada malam kemuncak yang berlangsung 21 November ini.

    Artikel Berkaitan: FFM35: FINAS Bangga Dengan Pencapaian Filem Tempatan, 10 Karya Berjaya Raih Lebih RM10 Juta Kutipan

    Artikel Berkaitan: FFM35: Himpunkan Bintang Filem Bersama Mahasiswa, AR Badul & Sweet Qismina Antara Yang Meriahkan Forum Pesona Sinema

    Lima filem tempatan tercalon

    Menerusi tema Spektrum Sinema, acara yang bakal diadakan di Istana Budaya itu menghimpunkan karya daripada pelbagai genre dan pendekatan penceritaan, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian industri perfileman tempatan.

    Antara lima filem yang bersaing ialah Khadam, Malam Terlarang, Mother Bhumi, Macai dan Abah Saya Uncle Mike.

    Difahamkan, dua filem seram iaitu Khadam dan Malam Terlarang mendahului senarai pencalonan apabila masing-masing meraih 12 pencalonan.

    Sementara itu, Mother Bhumi dan Abah Saya Uncle Mike masing-masing memperoleh lapan pencalonan, manakala Macai mencatatkan enam pencalonan.

    1. Khadam: 12 pencalonan

      Filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan Melor, seorang wanita yang berdepan gangguan saka keluarga sehingga kehidupannya berubah apabila entiti ghaib menyerupai dirinya mula mengambil alih tempatnya sebagai isteri dan ibu.

      Dibintangi Aghniny Haque, Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim, filem ini turut tercalon dalam kategori utama seperti Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

      2. Malam Terlarang: 12 pencalonan

      Arahan Allahyarham Norhanisham Muhammad atau Labu, Malam Terlarang menggabungkan elemen mistik, konflik keluarga dan politik dengan latar masyarakat penghujung 1980-an.

      Filem lakonan Shasha Abedul, Datin Sofia Jane dan Zul Ariffin ini turut mencatatkan kutipan sekitar RM12.2 juta di pawagam serta meraih empat pengiktirafan Pemenang Kebangsaan Malaysia pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026.

      3. Mother Bhumi: 8 pencalonan

      Diarahkan Chong Keat Aun, filem ini menampilkan pelakon antarabangsa Fan Bingbing sebagai Hong Im, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai petani dan pengamal perubatan tradisional di Kedah.

      MENARIK:  ‘Sky Tak Nak Tinggal Solat, Sebab Mahu Sentiasa Doakan Arwah Ibunya’ – Ridzokumura

      Lebih membanggakan, Mother Bhumi pernah membawa pulang tiga trofi Golden Horse Awards ke-62 pada 2025 menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Lagu Filem Asal Terbaik.

      4. Macai: 6 pencalonan

      Filem arahan Sun-J Perumal ini mengetengahkan kisah seorang pengedar dadah bernama Siam yang terjerat dengan pelbagai masalah selepas kehilangan bekalan milik ketua sindiket.

      Selain tercalon dalam kategori Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik, Macai turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur ke-11.

      5. Abah Saya Uncle Mike: 8 pencalonan

      Berbeza dengan calon lain, filem arahan Ezrie Gazali ini mengangkat kisah benar Michael Tong Wai Siong atau Uncle Mike yang membesarkan tiga anak angkat berbangsa Melayu.

      Dibintangi Andy Teh, Idan Aedan, Merah Muhaimin dan Umar Shakur, karya ini mengetengahkan nilai kasih sayang serta pengorbanan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

      Sistem penjurian baharu

      Dalam pada itu, FFM35 turut memperkenalkan kaedah penjurian baharu yang melibatkan bekas pemenang festival berkenaan bersama panel juri profesional.

      Menerusi sistem tersebut, 70 peratus markah akhir ditentukan oleh kira-kira 100 hingga 150 bekas pemenang FFM, manakala baki 30 peratus diberikan oleh panel juri profesional.

      Justeru, jumlah pencalonan yang tinggi tidak semestinya menjamin kemenangan memandangkan setiap filem mempunyai kelebihan tersendiri dari segi penceritaan, pengarahan dan mutu pembikinan.

      Untuk rekod, pemenang kategori Filem Terbaik bakal menerima sokongan penerbitan bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif bagi membantu penghasilan karya seterusnya.

      Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam kemuncak FFM35 pada 21 November 2026, jam 8.30 malam di Istana Budaya.

      Acara berprestij ini dihoskan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM serta saluran YouTube rasmi FINAS.

      The post FFM35: Lima Filem Rebut Gelaran Filem Terbaik, Khadam & Malam Terlarang Mendahului Pencalonan first appeared on OHBULAN!.

      Latest Posts

      IKLANShopee Sale

      Mesti Baca

      Follow Facebook Portal Barang Murah