30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Fenomena Senario’ Sukar Berulang? Ramai Dakwa Komedi Tempatan Kini Semakin Suram

    Shopee Sale

    Tak lawak macam Senario.

    Sebelum ini, ungkapan itu seolah-olah menjadi ayat wajib setiap kali muncul filem komedi tempatan yang baharu.

    Walaupun industri hiburan terus melahirkan pelawak, pelakon dan karya komedi dengan pelbagai pendekatan, nama Senario masih kekal menjadi penanda aras yang sukar digugat.

    Persoalannya, adakah filem komedi hari ini benar-benar semakin hambar atau sebenarnya kita sedang membandingkannya dengan sebuah fenomena yang mungkin tidak akan berulang?

    Perdebatan itu kembali hangat apabila pelawak dan pelakon, Saiful Apek tampil membalas luahan seorang pengguna Threads yang merindui era kegemilangan Senario.

    ‘Mengapa selepas lebih dua dekad, masih belum menemukan ‘pelapis’ yang mampu menandingi Senario?’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan – ‘Alhamdulillah, Ramai Yang Sayang Kami’

    Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Ahli Senario Tidak Sekaya Pelawak, Saiful Apek Tak Melatah Beri Respon

    Filem Komedi dah tak relevan?

    Membalas pandangan tersebut, Saiful Apek tidak terus mempertahankan karya-karya Senario.

    Sebaliknya, Apek memilih untuk melihat realiti yang sedang berlaku dalam industri hiburan.

    Citarasa majoriti zaman sekarang tak macam dulu. Sekarang bila kami buat (filem komedi) pun, asyik tak dapat sambutan macam dulu.

    Banyak berhabis modal, rasa macam dah tak berapa relevan dengan permintaan majoriti. Media sosial pun tak ramai pengikut.

    Jawapannya ringkas, namun cukup untuk membuka satu persoalan lebih besar mengenai perubahan dunia hiburan Malaysia.

    Senario bukan sekadar kumpulan lawak, mereka adalah sebuah jenama

    Perjalanan Senario bermula apabila muncul sebagai peserta pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada 1995 sebelum diberi peluang membintangi sitkom Senario yang mula bersiaran pada tahun berikutnya.

    MENARIK:  ‘Selagi Mok & Pok Sihat, Mek Yun Akan Terus Bawa Mereka Melihat Dunia’

    Daripada sebuah rancangan televisyen, Senario berkembang menjadi jenama hiburan yang merentasi pelbagai platform, sitkom, filem, album, konsert dan program televisyen.

    Watak-watak seperti Azlee, Wahid, Lan Pet Pet dan Apek mempunyai identiti sendiri yang kuat sehingga mereka masih dikenali meskipun generasi kini tidak membesar bersama filem-filem mereka.

    Malah, sehingga hari ini filem seperti Senario The Movie, Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario masih kerap menjadi pilihan siaran teleisyen setiap kali musim cuti atau perayaan.

    Mungkin bukan Senario yang sukar dicari ganti, tetapi zamannya yang sudah tidak akan kembali

    Apa yang diperkatakan Saiful Apek sebenarnya bukan sekadar mengenai filem komedi, tetapi ia adalah gambaran bagaimana landskap hiburan telah berubah sepenuhnya.

    Jika dahulu sebuah filem komedi hanya bersaing dengan filem lain di pawagam, hari ini situasinya lebih mencabar apabila ribuan kandungan baharu mudah dimuat naik menerusi media sosial.

    Mungkin filem komedi hari ini masih mampu mengundang tawa, malah pelawak generasi baharu juga mempunyai bakat yang tidak kurang hebatnya.

    Namun, untuk mencipta impak budaya yang terus hidup dalam ingatan masyarakat selama lebih 20 tahun, ia memerlukan lebih daripada sekadar skrip yang lucu.

    The post ‘Fenomena Senario’ Sukar Berulang? Ramai Dakwa Komedi Tempatan Kini Semakin Suram first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah