26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Berseluar Pendek Di Gym Hingga Nampak Lutut, Nabil Ahmad Beri Penjelasan – ‘Itu Masa Zaman Jahiliah Kot’

    Shopee Sale



    Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil menjelaskan berhubung video tular memaparkan dirinya berada di sebuah pusat kecergasan dengan berseluar pendek sehingga menampakkan aurat.

    Penjelasan Nabil

    Memetik laporan Harian Metro, Nabil atau nama lengkapnya Haji Ahmad Nabil bin Ahmad memberitahu bahawa video yang tular itu adalah rakaman lama dan bukannya kejadian baharu seperti yang didakwa ramai.

    Saya tak tahu langsung video itu ‘keluar’ semula di TikTok. Itu video lama saya. Dulu, semasa zaman jahiliah kot. Zaman saya rajin ke gimnasium dulu. Saya pun tak perasan mereka kongsi semula iklan itu.

    Pelakon berusia 41 tahun itu juga akui sudah lama tidak ke pusat kecergasan tersebut dan video itu dirakam sebelum berlakunya penularan pandemik Covid-19.

    Memang dah lama sangat saya tak ke situ, dah bertahun-tahun dah. Kalau tak salah, penggambaran iklan itu pun dah lama. Mungkin sebelum pandemik Covid-19 lagi. Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

    MENARIK:  ‘Selalu Buat Video Sorang Je, Janda Ke?’ – Status Diri Dipersoal, Reaksi Mayah Pani Puri Jawab Soalan Panas Raih Perhatian

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah