25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Dah Sediakan Duit Raya Untuk Fatima, Teruja Nak Sambut Lebaran Bersama

    Shopee Sale



    Pelakon terkenal, Fattah Amin tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak tersayang, Fatima Aisya.

    Duit raya untuk Fatima

    Ketika ditemui , pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata dia juga sudah menyediakan duit raya khas buat Fatima selain akan turut membawa anak kesayangannya itu membeli-belah pakaian raya.

    Duit raya untuk Fatima? mestilah ada, berapa amaun duit raya nak bagi pun saya sudah setkan.

    Saya juga akan bawa Fatima pergi ‘shopping’ baju raya.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis iftar bersama barisan pelakon drama Keluarga Itu, pada Rabu.

    Berkongsi lebih lanjut mengenai perancangan raya tahun ini, pelakon drama Keluarga Itu ini memberitahu bahawa Fatima akan beraya bersamanya bermula hari raya ketiga dan keempat.

    Tahun ini Fatima akan beraya bersama saya bermula raya ketiga dan keempat. Memang saya tak sabar nak luangkan masa bersama Fatima raya ini.

    Saya rancang nak bawa dia berjalan-jalan jauh sikit, mungkin ke luar negara. Tetapi itu saya akan bincang dengan Fazura terlebih dahulu. Insya-Allah, doa yang baik-baik.

    Dalam pada itu, Fattah turut berkongsi bahawa dia akan menyambut Aidilfitri tahun ini di Perak dan hanya bercuti selama seminggu sebelum kembali menjalani komitmen kerjanya.

    Saya beraya di Perak tahun ni. Saya bercuti raya mungkin lebih kurang seminggu, sebab saya kena selesaikan kerja saya sebab tu tak boleh cuti lama.

    MENARIK:  [VIDEO] Momen Tiara Bantu Achey Kemas Rumah Waktu Isteri Kurang Sihat Buat Netizen Terhibur – ‘Dia Boleh Guna Kaki Ja’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah