Bekas isteri kepada personaliti media sosial, Chazynash iaitu Fatin Morat meluahkan rasa terharu dengan sokongan warganet terhadap dirinya meskipun sedang berdepan dengan konflik perceraian.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kuat’ – Hantaran Terbaharu Fatin Morat Undang Perhatian
Artikel Berkaitan: ‘Chazynash Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa & Saya Bersyukur’- Fatin Morat Perjelas Isu Nafkah, Mohon Henti Spekulasi
Urus perniagaan

Menerusi perkongsian di Threads, Fatin memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaannya selepas menerima tempahan luar biasa daripada warganet.
Hari itu siapa yang tulis tak payah nak tengok langit sangat, nak suruh saya sibuk?
Alhamdulillah, doa awak semua Allah makbulkan untuk tengok saya sibuk sampai tak sempat nak tengok langit!
Sekarang ada tambahan balang kecil dan balang besar. Cuma saya akan pos lambat sedikit.
Dalam masa sama, Fatin turut menzahirkan penghargaan terhadap warganet yang sentiasa mendoakannya ketika di dalam kesusahan.
Terima kasih semua yang menyokong, mendoakan dan beri semangat untuk saya.
Semoga Allah makbulkan semua doa-doa awak juga.
Sokongan netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi maklum balas yang baik mengenai produk jualan Fatin dan mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
Sebelum ini, Chazynash membuat keputusan untuk menarik balik pemberian mutaah sebanyak RM100,000 terhadap Fatin kerana mendakwa bekas isterinya telah menuntut harta sepencarian.
Terdahulu, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Sumber: Threads
The post Fatin Morat Terharu Sokongan Netizen, Produk Terima Sambutan Luar Biasa – ‘Sibuk Sampai Tak Sempat Tengok Langit’ first appeared on OHBULAN!.





