26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fathia Latiff: Saya Tetap Berpegang Kepada Ajaran Islam

    Shopee Sale



    Pelakon Fathia Latiff memberi penjelasan mengenai dakwaan dirinya bakal keluar daripada agama Islam.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Ini Ramadan Terakhir’ – Kenyataan Fathia Latiff Undang Tanda Tanya Bakal Keluar Agama?

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Selar Netizen? – ‘Beribadat 100 Tahun Pun Tak Guna Sebab Buat Saudara Korang Jadi Macam Ni’

    Tuduhan berat

    Menerusi hantaran di Instagram, Fathia atau nama sebenar Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjelaskan perkara itu hanya berdasarkan komen di TikTok dan ianya tidak benar.

    Menurutnya, tuduhan jadi kafir disifatkan sebagai tuduhan yang berat sebagai seorang yang beragama Islam.

    Saya masih mengamalkan Islam, ia hanya berdasarkan komen di video TikTok yang tidak benar dan tidak berasas.

    Kafir adalah kata-kata yang sangat kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim malah kepada agama lain juga.

    Katanya, segala perkongsiannya di TikTok merupakan cara dia mengekspresi diri dan meluahkan pendapat.

    Apa sahaja yang saya katakan di video TikTok adalah pendapat saya dan cara untuk mengekspresi diri.

    ‘Saya tiada kaitan dengan mereka’

    Dalam pada itu, Fathia menegaskan bahawa dia tiada kaitan dengan pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim.

    MENARIK:  Netizen Persoal Ahli Senario Tidak Sekaya Pelawak, Saiful Apek Tak Melatah Beri Respon

    Malah, dia menolak dakwaan bahawa Zarina Anjouline adalah kawan baiknya.

    Zarina Anjoulie bukan kawan baik saya.

    Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim tiada kena mengena dengan kehidupan saya. Untuk kaitkan saya dengan mereka seperti merendahkan taraf kehidupan saya.

    Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila dia memberi bayangan tahun ini berkemungkinan adalah Ramadan terakhir buatnya.

    Sejak Januari lalu, nama Fathia hangat diperkatakan selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.

    Bukan itu sahaja, perbalahan dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie turut menjadi bualan netizen.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah