26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Farahdhiya Kongsi Kejadian Mistik Di GV2– ‘Suara Saya Hilang, Rasa Tak Tenang Di Sana’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya berkongsi pengalaman mistik yang pernah dilaluinya ketika menyertai Gegar Vaganza musim kedua (GV2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kira-kira sedekad lalu.

    Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM

    Artikel Berkaitan: ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’

    Pengalaman misteri

    Menerusi hantaran di Threads, Farahdhiya berkata, sepanjang tempoh pertandingan itu, dia mengalami kejadian pelik yang sukar dijelaskan secara logik. Antaranya kehilangan suara setiap kali melangkah masuk ke dalam auditorium berkenaan.

    Setiap kali masuk MBSA, suara saya tiba-tiba hilang. Sedangkan saya tak sakit pun. Saya dah jumpa lima doktor, siap ada yang masukkan kamera untuk periksa, tapi semuanya kata normal.

    Tambah penyanyi lagu Bertakhta di Hati itu, keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila beberapa rakan media menasihatinya supaya berhati-hati dengan makanan dan minuman yang diberi oleh orang lain ketika berada di lokasi tersebut.

    Mereka pesan, kalau orang bagi makan atau minum, jangan ambil. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

    Saya sebenarnya tak pernah terlintas nak berburuk sangka, tapi selepas kejadian itu saya jadi sangat berhati-hati. Saya terus tak sentuh makanan atau air yang orang bagi, terus jadi takut.

    Dalam hantaran sama, Farahdhiya mengakui, pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam hingga kini. Malah dia masih berasa tidak selesa untuk kembali ke MBSA, terutama jika dijemput membuat persembahan di sana.

    Walaupun dah 10 tahun berlalu, trauma itu masih ada. Saya bukan jenis yang mudah percaya benda mistik, tapi apa yang saya lalui memang di luar jangkaan.

    Menang tempat kedua antara rezeki terbaik dalam hidup saya. Selepas itu, banyak peluang datang. Cuma MBSA tetap tempat yang saya tak rasa tenang untuk kembali ke sana.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Cikgu Tu Sayang Aku Tapi Dia Tak Nak Jadi Isteri Kedua..Nak Cerai Tapi Mak Pula Tak Bagi’

    The post Farahdhiya Kongsi Kejadian Mistik Di GV2– ‘Suara Saya Hilang, Rasa Tak Tenang Di Sana’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah