Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menarik nafas lega apabila status perkahwinannya bersama suami disahkan Mahkamah Rendah Syariah Johor.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan B*doh’ & Perempuan Untuk Dipijak’ – Fara Salleh Balas Kenyataan Shuk Sahar
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Dakwa Shuk & ‘Family’ Abaikan Panggilan Telefon Mahkamah – ‘Jahatnya Keluarga Ini’
Syukur pernikahan disahkan
View this post on Instagram
Menerusi Instagram Story (IGs), Fara meluahkan rasa syukur sambil memuat naik foto dirinya usai urusan di mahkamah.
Tambah Fara, fokus seterusnya adalah untuk menyelesaikan proses pengesahan cerai bersama Shuk.
Alhamdulillah, perkahwinan sah.
Hang in there, Nada (anak). Selepas ini nak selesaikan urusan perceraian pula.
Terdahulu, Fara mendakwa dirinya telah diceraikan Shuk melalui panggilan telefon pada April lalu.
Dakwa Fara, Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar melafazkan cerai ketika berada di Thailand.
Untuk rekod, Fara atau nama lengkapnya Nurfarawahida Salleh mendirikan rumah tangga bersama Shuk pada November 2023 di Thailand.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Sumber: IGs Fara Salleh
The post Fara Salleh Syukur Mahkamah Sahkan Pernikahan Bersama Shuk Sahar Di Thailand – ‘Lepas Ini Urus Pengesahan Cerai Pula’ first appeared on OHBULAN!.





