30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Faizal Tahir Dah Macam Penjawat Awam, Setiap Tahun Lagu Tema Merdeka Dia Yang Nyanyi’

    Shopee Sale



    Seorang pengguna di aplikasi X mencuri perhatian apabila berkongsi pendapatnya mengenai penyanyi terkenal, Faizal Tahir.

    ‘Aku rasa dia penjawat awam’

    Menerusi ciapan yang dibuat, individu yang dikenali sebagai Faqimi Fauzi berseloroh menyatakan Faizal bagaikan sudah menjadi seorang kakitangan kerajaan.

    Ini kerana, Faqimi berpendapat pasti akan ada saja lagu bertemakan kemerdekaan yang dihasilkan pelantun lagu ‘Negaraku’ itu setiap tahun.

    Faizal Tahir ini dah macam penjawat awam dah. Setiap tahun, lagu Merdeka mesti lagu dia.

    Tahun ini dah berapa lagu patriot yang dia bikin.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan guraun Faqimi.

    MENARIK:  Terima Anugerah Best Front Liner 2025, Ini 5 Kisah ‘Hero Airport’ Yang Buat Meremang!

    Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat suara yang ada pada penyanyi berusia 45 tahun itu begitu sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan.

    Sekadar info, antara lagu bertemakan kemerdekaan yang dihasilkan Faizal pada tahun ini termasuklah Semangat Juara dan Bendera.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah