33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fadzil Zahari Komen Tindakan Ibu Aliff Aziz Unfollow Bella Astillah, Apa Pendapat Anda?

    Shopee Sale



    Seperti yang diketahui ramai, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didapati telah pun ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah susulan dakwaan penangkapan khalwat anak lelakinya bersama pelakon jelita, Ruhainies.

    Adik Farid Kamil beri respon

    Tindakan yang dilakukan Hafiza itu ternyata mengejutkan ramai pihak sehinggakan menjadi antara isu besar dalam kalangan media di Malaysia.

    Tidak hanya itu, adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari dilihat turut memberikan responnya menerusi ruangan komen di laman Facebook rasmi Berita Harian terhadap tindakan yang dilakukan Hafiza itu.

    Menerusi komen tersebut, Fadzil meminta Hafiza untuk lebih tenang dan seakan kesal dengan keputusan yang dilakukan Hafiza.

    Menurut suami kepada Norliana Samsudin itu, tindakan Hafiza itu seolah-olah Bella merupakan individu yang ditangkap khalwat bersama lelaki lain.

    Tenang lah mak cik, dah macam Bella pula yang kena tangkap basah. Wallahualam.

    Terdahulu, Hafiza telah memuat naik video Aliff yang sedang memimpinkan bacaan doa selepas selesai menunaikan solat jemaah bersama.

    MENARIK:  Haiza Hanafi Pegang Nasihat Rohana Jalil, Jangan Potong Usus Untuk Cepat Kurus

    Difahamkan, Aliff telah pulang ke Singapura susulan kontroversinya yang disyaki ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

    Lebih mengejutkan, Hafiza juga didakwa sudah menyahikut menantunya, Bella Astillah di Instagram (IG).

    Bella walau bagaimanapun dilihat masih mengikuti akaun ibu mentuanya iaitu @fizaaziz di IG.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah