29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyka Farhana mendedahkan bahawa dia memulakan hubungan percintaan dengan Akhyar Rashid melalui direkt mesej di Instagram, walaupun mereka menghadapi cabaran hubungan jarak jauh selama lima tahun.

    Shopee Sale



    Pelakon Eyka Farhana tidak menganggap hubungan jarak jauh dengan teman lelaki yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid sebagai satu masalah.

    Artikel berkaitan: Eyka Farhana Tak Mahu Campur Urusan Cinta & Kerjaya – ‘Tunggu Seru, Banyak Lagi Saya Nak Capai’

    Artikel berkaitan: Jaringkan Gol Kemenangan Buat JDT, Akhyar Terima Ucapan Tahniah Daripada Eyka Farhana – ‘Congrats B’

    Jalani hubungan jarak jauh

    Menerusi temu bual di Podcast Studio Sembang, Eyka, 29, berkongsi detik pertemuan dengan Akhyar melalui ‘direct message’ (DM) di Instagram.

    Dia DM saya di Instagram. Pada mulanya saya tidak kenal siapa yang DM saya tu. Adik saya beritahu dia kenal siapa Akhyar.

    Adik minta saya cuba untuk keluar dengannya dan pada awalnya saya agak keberatan untuk berkawan dengan pemain bola sepak tapi itulah… sekarang Alhamdulillah hubungan kami dah hampir lima tahun.

    Menurutnya, hubungan jarak jauh memberi ruang kepada mereka untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.

    Hubungan kami tidak mempunyai masalah daripada segi masa sebab kami menjalani hubungan jarak jauh (PJJ).

    Kami pun jarang jumpa dan disebabkan itu saya banyak memberi fokus kepada kerjaya seni. Bila kami masing-masing tak sibuk barulah kami luangkan masa untuk berjumpa.

    Lebih hargai masa bersama

    Sementara itu, hubungan jarak jauh ini juga membuatkan Eyka lebih menghargai masa bersama teman lelaki.

    Hubungan ini menjadi lebih mudah kerana kami PJJ. Kami banyak buat panggilan video dan sebenarnya kami ada sahaja masa untuk luangkan bersama.

    Bila saya cuti saya ke tempat dia, kalau dia pula cuti walaupun dalam sehari dua, dia juga akan datang ke Kuala Lumpur.

    Bila jarang berjumpa, barulah kami rasa kualiti masa bersama. Bagi saya, kepercayaan itu juga sangat penting.

    Sekadar info, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, pada tahun 2021.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Ini Teruja Alif Satar Tolong Isikan Minyak Kereta

    Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah