31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Evanatie Sannie Jawab Dakwaan ‘Check In’ Hotel Dengan Idan Aedan – ‘Memang Saya, Tapi Fitnah’

    Shopee Sale

    Pelakon baharu, Evanatie Sannie mengesahkan dirinya merupakan wanita yang dikaitkan dengan kontroversi membabitkan aktor, Idan Aedan susulan dakwaan mereka pernah memasuki sebuah hotel bersama-sama.

    Artikel Berkaitan: Idan Aedan Pernah Terima Gambar Lucah Dari Pengikut Wanita

    Kontroversi dengan Idan Aedan

    Evanatie, 25, bagaimanapun menegaskan ada beberapa perkara yang tersebar di media sosial adalah fitnah. Namun, dia menganggap kontroversi berkenaan sebagai satu ujian untuknya sebagai anak seni.

    Memang saya, tapi itu adalah fitnah semata-mata. Sebab begitulah bila dalam industri ini, saya pun memahami dalam industri ini macam-macam akan kita lalui. Jadi, bagi saya itu adalah ujian.

    Kami semua okey dan saya dengan semuanya masih berkawan seperti biasa. Cuma mungkin itu ujian kami dalam industri ini.

    Evanatie berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Kacau di TGV KLCC, pada Selasa.

    Dalam pada itu, Evanatie turut mengulas dakwaan mengenai ugutan yang diterimanya daripada bekas tunang, sambil menjelaskan bahawa perkara tersebut sudah lama diselesaikan.

    Sebenarnya, benda itu sudah lama selesai. Bagi saya, ada orang yang boleh terima, ada orang yang tidak boleh terima. Apa-apa pun, saya hadap saja. Perkara itu pun dah lama dah tak ada sebenarnya.

    Sememangnya yang diugut itu dia (Idan), begitu juga dengan saya. Jadi macam saya cakap, itu adalah ujian. Paling penting saya selamat dan kawan-kawan yang lain selamat.

    Mengulas mengenai kesan kontroversi tersebut terhadap emosinya, Evanatie mengakui tidak terlalu terjejas dan memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

    Saya okay sahaja saja sebab dalam industri ini memang macam itu.. Saya akan terima, saya akan jalani hidup macam biasa. Yang paling penting adalah ketenangan saya sendiri. Ya saya akan berhati-hati selepas ini.

    Terdahulu, nama Idan menjadi perhatian selepas timbul dakwaan dia pernah memasuki sebuah hotel bersama seorang wanita yang dikatakan tunang orang.

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Izinkan ‘Main’ Dengan Lelaki Lain, Isteri Anggap Untuk Puaskan Nafsu Diri Sendiri – ‘Kami Ada Perjanjian’

    Dalam perkembangan lain, Evanatie kini melangkah ke dunia lakonan menerusi filem sulungnya, Kacau dan menyifatkan peluang yang diberikan produksi Le Mediator Studio sebagai pengalaman baharu yang cukup bermakna.

    Selain Evanatie, filem terbitan Le Mediator Studio itu turut dibintangi Kerisyah Kemal, Fimie Don, Sadiq M Jamil, Arfie Shah dan Nurel Baharin.

    Filem yang diinspirasikan daripada novel tulisan Ariff Adly itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 November ini.

    The post Evanatie Sannie Jawab Dakwaan ‘Check In’ Hotel Dengan Idan Aedan – ‘Memang Saya, Tapi Fitnah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah