Pelakon Erysha Emyra menganggap budaya ‘kenen’ dalam industri sesuatu yang biasa terutama apabila bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus bujang.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Semua Nampak Baik Sebab Allah Tutup Aib Kita’ – Erysha Emyra
Artikel Berkaitan: Erysha Emyra Bimbang Gejala Buli Semakin Berleluasa, Penting Didikan Dari Rumah
Selesa berkawan

Menjawab dakwaan sedang mengenali hati budi seseorang, Erysha, 27, akui selesa berkawan dengan salah seorang anggota kumpulan Alpha iaitu Ariel Fesol.
Dalam pada itu, Erysha menyifatkan Ariel sebagai seorang jejaka yang baik dan beradab.
Saya selesa berkawan dengan dia. Dia seorang jejaka yang baik, menghormati orang lain.
Malah di set penggambaran pun dia senang serasi dengan pasukan saya, pandai bawa diri dan itu adalah satu sifat yang bagus dalam industri.
Erysha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu.
Dalam pada itu, Erysha tidak menganggap satu masalah apabila kerap kali dikenenkan dengan mana-mana pelakon lelaki yang digandingkan bersama.
Kalau digandingkan dengan mana-mana pelakon, memang akan ada kenen-kenen. Itu perkara biasa. Saya okay sahaja, tak ada nak marah atau terasa. Asalkan mereka gembira.
Saya rasa orang tak sedar apabila bekerjasama di set penggambaran selama dua atau tiga bulan, hubungan itu secara semula jadi akan rapat.
Tak mampu puaskan hati semua pihak

Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama bersiri Aku Bukan Ustazah itu menyedari dirinya tidak mampu untuk memuaskan semua pihak.
Tambah Erysha, dia hanya menyerahkan segala spekulasi pada netizen yang hanya menilai daripada apa yang dilihat di media sosial.
Dari dulu lagi kalau dikenenkan dengan sesiapa pun, pasti daripada peminat belah dia atau saya yang akan tak suka, kita tak boleh puaskan hati semua pihak.
Masing-masing punya pandangan. Apa yang saya tunjukkan di media sosial hanya apa yang saya nak kongsikan, disebalik itu mereka tak tahu.
The post Erysha Emyra Sifatkan Ariel Fesol Lelaki Baik – ‘Bila Bekerjasama, Secara Semula Jadi Akan Rapat’ first appeared on OHBULAN!.





