Selebriti terkenal, Datuk Awie baru-baru ini mencuri perhatian warganet selepas berkongsi bahawa dia pernah memaklumkan kepada isterinya tentang hasrat untuk mengadakan konsert bersama Erra Fazira, selain mendapatkan keizinan terlebih dahulu berhubung perancangan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani & Putra Ahmad Merrah Raih Perhatian, Netizen Terhibur Dengar Intonasi- ‘Dah Macam Jamal Abdillah & Awie’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Bangga Dua Anak Genggam Ijazah – ‘Jangan Rasa Selesa, Kalau Boleh Saya Nak Mereka Lanjutkan Pelajaran Lagi’
Isteri Awie ingin berjumpa dengan Erra Fazira
Menerusi sebuah podcast di TikTok bersama Ok Lets Go, Awie, 58, menceritakan bahawa isterinya hanya memandangnya lama ketika dia menyuarakan hasrat tersebut.
Kata Awie, isterinya tetap memberikan reaksi yang tenang dan bersikap ‘steady’, malah turut meminta agar dia dibawa bertemu dengan Erra Fazira untuk berbincang secara baik.
Saya bagitahu isteri saya yang saya nak buat konsert dengan Erra Fazira, minta izin dia boleh atau tidak?
Isteri saya pandang saya lama, tapi dia ‘steady’.
Dia ada tanya ‘awak ada apa apa ke ni? Kalau tak ada, awak bawa saya jumpa Erra Fazira’.
Isteri Awie & Erra Fazira jumpa waktu press conference

Tambahnya lagi, ketika sidang media berlangsung, dia sendiri memanggil isterinya dan Erra Fazira untuk duduk berbual bersama, dan segala perkara dibincangkan secara terbuka.
Jelas Awie, isterinya kemudian menyedari bahawa selama ini dia sekadar bergurau.
Masa press conference, saya panggil dua-dua duduk bersama
Saya pesan untuk mereka berbual elok-elok.
Saya cakap “apa sahaja pun saya setuju”.
Waktu itu, baru isteri saya tahu yang saya selalu bergurau sahaja sebenarnya.
Sementara itu, pelantun lagu ‘Di Ambang Wati’ tersebut turut berseloroh bahawa sekiranya dia diberi keizinan untuk berkahwin lagi, biarlah dengan wanita yang lebih muda.
Saya cakap dengan isteri saya, kalau nak bagi saya kahwin lagi bagi lah yang muda-muda.
Bagaimanapun, isterinya berkata sekiranya benar Awie mahu berkahwin lagi, dia hanya membenarkan perkahwinan bersama Erra Fazira sahaja.
Kalau awak nak kahwin lagi, saya benarkan awak berkahwin dengan Erra Fazira sahaja.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Isteri Minta Bawa Jumpa Erra Fazira’ – Awie Kongsi Kisah Di Sebalik Konsert ‘Sembilu’ first appeared on OHBULAN!.





