25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ernie Zakri Mengambil Alih Indonesia Dengan Lagu ‘Masing Masing’

    Shopee Sale



    Ernie Zakri

    Baru-baru ini, penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri telah terbang ke Indonesia bagi mempromosikan lagu terbaharunya berjudul ‘Masing Masing’.

    Tembus Indonesia

    Ernie Zakri

    Lagu ‘Masing Masing’ yang membawa tema putus cinta merupakan hasil kerjasama dengan penyanyi dan komposer terkenal Indonesia iaitu Ade Govinda dan Nabila V.

    Mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa berpisah demi mencari kebahagiaan masing-masing, Ernie berharap lagu tersebut yang turut terkandung dalam album Aura dapat menambat hati pendengar Indonesia.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat saya yang menyokong lagu
    saya, Masing Masing.

    Saya berharap akan dapat melawat Indonesia lagi pada masa yang akan datang untuk membuat persembahan Masing Masing.

    Ernie memulakan lawatan promosi di Jakarta pada 15 Januari 2024 yang lalu dengan agenda yang padat.

    Dalam tempoh singkat, Ernie telah muncul dalam pelbagai wawancara media, antaranya di Kinari
    Warta Kota Podcast dan iradio Jakarta sebelum membuat penampilan yang mengasyikkan di Sea Today Morning Show serta Pro 2 Jakarta.

    Momentum yang bersemangat berlanjut saat isteri kepada penyanyi Syamel itu mengambil alih media Indonesia dengan penampilan tamu yang menarik di Detik Pagi, Celebrits Okezone dan I Talk Insert.

    Ernie Zakri

    Dari kiri: Calvin Wong (CEO, Universal Music Southeast Asia & Senior Vice President of Asia), Ernie Zakri, Adam Granite (CEO, Africa, Middle East & Asia), Wisnu Surjono (Managing Director Universal Music Indonesia)

    Tidak hanya itu, blitz media semakin intens dengan wawancara yang memikat di In Today Media dan pertemuan yang menarik dengan suara terhormat JakFM.

    Sesi promosi ini ditutup dengan penampilan yang memikat oleh Ernie dan Ade Govinda dengan lagu ‘Masing Masing’ di ikonik Anjungan Sarinah Jakarta sekali gus meninggalkan kesan yang abadi kepada para penggemar dan media.

    Saya sangat gembira dengan rangka promosi di Jakarta. Malah saya tidak sangka penerimaan pihak media di sana begitu baik terhadap saya. Mereka memberikan kerjasama yang baik.

    Walaupun penat mengejar masa, saya gembira dengan apa yang telah dirancang oleh pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan MyMusic Records.

    Dalam pada itu, pemenang dua kali vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) itu berkata, dia mempunyai harapan tinggi untuk lagu ‘Masing Masing’ di Indonesia.

    Semestinya saya hendak yang terbaik untuk lagu ini. Saya berharap lagu ini akan diterima oleh pendengar muzik Indonesia kerana harapan saya pada lagu dan album ini sangat besar.

    Namun, cita-cita harus terletak pada rezeki dan usaha saya. Semoga saya akan menerima khabar yang baik-baik sahaja dari Indonesia.

    Dalam perkembangan terkini, Ernie berjaya menempah tiket ke pentas AJL 38 menerusi lagu berjudul Astana yang merupakan ciptaannya bersama tiga komposer lain iaitu Syamel, Omar K dan  Azeman Shazriq.

    MENARIK:  Anak Kongsi Keadaan Terkini Dharma Harun – ‘Ayah Semakin Kurus’

    AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah